Friday, August 21, 2009

Selamat berpuasa


Aduhai seluruh warga PERUBAHAN yg dikasihi



Malam ni kita boleh la mula solat sunat tarawikh, dan esok, kita akan mula berpuasa. Sekali lagi kita bertemu dgn Ramadhan. Dan sekali lagi kita akan menunaikan rukun Islam ini, IsyaAllah dgn redha.



Jangan lah tinggalkan sahur. Dan jangan lupa niat puasa



Sila pastikan, waktu imsak dan iftar kita betul....
http://www.islam.gov.my/portal/pdf/puasa/09/prk/prk2.pdf


Lafaz niat dan niat berpuasa:


"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -
kerana Allah Ta'ala"


Bila berbuka, jgn tamak, jgn gelojoh, dan jgn lupa pulak berdoa

Doa berbuka puasa:


"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"


Aduhai warga PRUBHN sekelian

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Warga PRUBHN yang dikasihi,

SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan dengan semua warga dan bekas warga PRUBHN, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Selamat menunaikan ibadah berpuasa. jangan nakal2. jangan main mercun.

18 comments:

mewakili alumni 2004 August 21, 2009 at 8:12 PM  

selamat berpuasa kpd semua pensyarah2 AP114 yg telah banyak mengajar ku erti hidup, adik2 di AP114 yg akan turut diajar ttg hidup oleh pensyarah2 AP114 yg hebat, serta penasihat2 PERUBAHAN yg datang dan pergi

deng 2005 August 21, 2009 at 8:33 PM  

aku prnh kn marah dgn pnsyrh2 AP114pasal nakal, pasal main mercun, pasal mcm2 lg. aku da mtk maaf brkali2. hari ni aku nk mtk maaf lg. dan aku pun mmg tak prnh simpan dlm ati time kena marah tu. slmt berpose kpd sumer

optimus prime August 21, 2009 at 11:44 PM  

terawikh pertama dah pun mula. selamat berpuasa cik teh dan adik2 qs semua.

jengjeng August 22, 2009 at 12:06 AM  

anak kera pandu unser,
mati tertimpa buah klape,
hari ni da stat pose,
jgn plak wat2 lupe..

anak itik anak ruse,
pose jangan xpose..
wakaka..

2 all warge perubahan,selamt mnyambut ramadan al-mubarak

are_da_wei_ah_QS1H/Qs1A August 22, 2009 at 6:54 PM  

selamat berpuas bg sume warge perubahan yerk...jgn suke2 nk ponteng pose law xd sebab...ape2 pown,smoge ramadan ini melimpahkan rahmat kpd skalian umat islam...smoge ad lge ramadan utk mse akan datang...amin...

malimkundang August 23, 2009 at 6:20 PM  

selamat berpuasa cik teh dan semua yg membaca blog ni. sy mintak maaf dari cik teh, sebab selalu jgk ngumpat cik teh dlm guro2 dgn kwn. ampunkan sy. sy pun nak pose yg berkat

Bakteria.. August 23, 2009 at 11:01 PM  

maafkan saya utk semua kesalahan saya...selamat menyambut ramadhan.jgn ada sengketa dan berprasangka di antara kita..semoga diberkatiNya..renung2kan..

PUB - KP AP114 August 24, 2009 at 12:17 AM  

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA MAHASISWA/I UKUR BAHAN. RAMADHAN INI MENGAJAR KITA KEPADA "SELF REGULATING", HANYA KITA SAJA YANG TAHU APA DOSA/PAHALA KITA DAH BUAT PADA KEHIDUPAN KITA.
DALAM PADA ITU TAKZIAH KEPADA SISWI NUR SHEILA PART 06B DIATAS KEHILANGAN IBU BELIAU PADA PETANG 23 OGOS. SEMOGA ROH IBU BELIAU DIRAHMATI ALLAH SWT.

Anonymous August 24, 2009 at 9:07 AM  

selamat menyambut bulan ramadhan al~mubarak..semoga kte2 smua perbykkan amalan serta menjalani ibadat pahala puasa dengan barakah.insyaAllah..dayahqs1B.

al-fadhil_s.u August 24, 2009 at 10:15 AM  

salam...selamat berpuasa..selamat membuat kebaikan n kebajikan...jaga mata, jaga hati, jaga fikiran, jaga mulut...jaga kesemuanya...insyaallah,,diberkati...salam kemaafan..

aiN QSD1H August 24, 2009 at 3:45 PM  

selamat berpuasa.. haaa, dah masok bulan puasa ni bnyk2 la amal ibadat jgn ponteng pose n solat.. t sia2 idop kita kat ats bumi ni... tol x cik teh...kan..kan..kan..

cikteh August 26, 2009 at 1:42 PM  

betol tu ain...apa la makna idop kat muka bumi ni kalo tidak utk memperhambakan diri kepada pencipta kita.. bukan byk pun Sang Pencipta tu suruh kita buat, banding dgn apa yang DIA bagi, Allahu akbar....tak terkira..

hoshi-girl18 August 27, 2009 at 9:31 AM  

syukur alhamdulilah...ari ni dah 6 ari kta brpuasa..bulan puasa ni dpt mlatih dri mjdi muslim yg sjati,pe guna pose lau x jga pndangan mata,percakapan,klakuan..so,lau xnak pose kta sia2...byak kn wat amal ibadat d bulan mulia ini...moga2 ape yg kita lkukan diredhai Allah s.w.t..........

Anonymous August 28, 2009 at 2:30 AM  

sama-samalah kita hayati dn tngkatkn amal ibadat kita d bln yg penuh keberkatan ini

Anonymous August 28, 2009 at 2:58 PM  

Satu tahun tidak terasa
Ramadhan telah kembali kengunjungi kita
Semoga yang dilalui dan dilakukan
Menjadikan kebaikan di bulan suci ini
Marhaban yaa Ramadhan
Mohon Maaf Lahir dan Bathin

Anonymous August 28, 2009 at 7:11 PM  

hm betul2
kene jaga mulut kita dari mengeluarkan kata yang tidak sepatutnya sebagai ....

Anonymous September 3, 2009 at 10:18 AM  

diam lbh baik drpd kata2 ksg...slmt brpuasa smua..smga brpuasa dlm erti kta sbnrnya..

hoshi-girl18 September 3, 2009 at 10:23 AM  

nak blik....sdih nyerrrr,ingat 16 mlm nk blik tpi ada test cik teh 17 pg,kne tukar...x pe lah,demi cik teh

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP