Wednesday, July 29, 2009

QS Induction Week

Last sem kita dapat arahan lisan daripada Pengarah Kampus utk buat Induksi part 01 selama seminggu. Dan kita pun akur dan buat (tanpa bajet subsidi daripada HEP). Tapi respon daripada bdk2 part 01 sendiri mcm hampeh. Nak menyampaikan seminggu tu, attendance makin lama makin teruk. Bila saya bertanya bdk part 01 last sem, "apa ke masalah nye sampai begitu teruk sekali respon mereka", berikut adalah antara jawapan diorang :

  1. kena p ke cik? senior kata tak payah p pun tak pe
  2. cik, kitaorang ingat kena p sehari je, sebab senior kata sehari je
  3. bosan la cik. balik2 bende yang sama je. seminggu tu buat benda tu balik
  4. tak nampak ada pekdah pun, cik
  5. senior pun mcm tak suka je jumpa kami
  6. tak best la cik. kami dah besor da. tak kan nak kena induksi lagi
  7. malas

SEMESTER INI....
Kita masih terpaksa akur utk buat induksi ini selama seminggu. Unless ada arahan baru dari pihak Pengarah Kampus. Maka, aduhai warga PRUBHN sekelian.... ada apa2 cdgn tak....utk memperbaiki kelemahan ini? Dan ada apa2 cdgn yg boleh kita lakukan kat bdk2 part 01 yg ponteng induksi ni?

Monday, July 27, 2009

Pertandingan Dikir Barat

Alat Dikir Barat dah beli....



Terima Kasih kepada En Che Mat (ayahanda kepada Mantan Setiausaha PERUBAHAN Jul - Nov 2008, Mohammad Aizat b. Che Mat) yang tolong runding harga terbaik untuk peralatan dikir barat ini. Ianya dibeli di Kelantan pada bulan Disember 2007.



Terima kasih kepada Azhar bin Ahmad, mantan Ketua Biro Kerohanian PERUBAHAN Jul - Nov 2007, yang telah membawanya daripada
Kelantan ke Seri Iskandar.



Dah banyak kali guna dah, untuk menghiburkan khalayak warga dan tetamu PERUBAHAN
Semester ni, jom kita buat Pertandingan Dikir Barat pulak.
Kita ada ramai bdk2 kelantan n ganu.


Kita ada ramai yang berbakat.
Kita ada ramai yg mahu menunjukkan bakat



Are-terrrr.....tunggu apa lagi??







Moh kita bertanding....

mula2 kita buat poster....mcm org ni buat
contoh jer la...



Siapa tahu asal-usul dikir barat?

Dipercayai bahawa Dikir barat diperkenalkan di Tanah Melayu mulai tahun 1930 oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Salleh b. Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh Tape atau (Mat Leh Tape). Gelaran Tape dihujung namanya adalah panggilan mengikut nama sebuah kampung iaitu Tapang. Kemungkinan juga kebudayaan ini diasaskan beliau di Kampung Tape. Terdapat teori yang mengatakan ia dibawa masuk dari Patani di selatan Siam. Di selatan Siam ia dikenali sebagai dikir karut tetapi disebabkan perkataan karut membawa erti tidak benar menyebabkan masyarakat Kelantan menukar memanggilnya dengan nama dikir barat iaitu merujuk kepada tempat asal dikir itu.

Teori yang kedua berpendapat bahawa dikir barat berasal dari Bangkat iaitu sebuah tempat di negeri India. Di Bangkat, dikir ini dipersembahkan untuk memuja dewa-dewa Hindu. Di India, persembahan dikir dibawa ke Siam kemudian berkembang pula ke Kelantan. Bentuk asal dikir barat ini hanyalah terdiri dari nyanyian juara dan awok-awok sahaja. Adalah dipercayai pantun-pantun yang disampaikan oleh tukang karut adalah ciptaan Mat Leh Tape.

Sumber:

  1. "Dikir Barat"- Warisan Kelantan,Muhamad Nor Mat Yatim, terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
  2. "Dikir Barat dan Dikir Laba"- Warisan Kelantan 11, Muhamad Nor Mat Yatim, terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
  3. "Dikir Barat" - Warisan Kesenian Kelantan, Dr. Omar Farouk Bajunid, terbitan Asrama Za'ba, Universiti Malaya Kuala Lumpur

QS Sports....


get ready everybody...... QS Sports akan kembali...kita akan bertarung lagi....

netball - lect vs siswi...pasti ada...dan pasti kami jgk la yg MENANG!!!
yessszzaaa...Ladybird QS...pasti MENANG


QS Ten-Pin Bowling Challenge






Aduhai yg nak tebus kekalahan....atau yang nak maintain kemenangan....atau yang nak membuat projek mendalam-lebarkan longkang bowling.......



moh bowling ramai.....mula kumpulkan team....basuh tshirt PERUBAHAN bersih2...
hadiah?.... mcm biasa....piala pusingan... piala2 lain...

bila? bayaran? tunggu naik notis..... rajin tgk notis board n blog
syarat2...? mesti ahli PERUBAHAN....no pemain import aa.... dan mesti pakai tshirt PERUBAHAN...

Event Management Workshop

Memaksa bdk2 part 02 (QS Dinner PM Team) utk menyertai workshop ini, dan menjemput bdk2 part 01 menyertai workshop ini dgn relahati.

Workshop ni utk groom bdk2 part 02 yang akan handle event besar spt QS Dinner.

Kita akan jemput org yang berilmu lagi berkaliber utk bagi workshop ini.

Bayor RM5 (unless dapat subsidi HEP yg besar) utk bengkel ini.

Sijil akan diberi, hanya kepada yg bersungguh2 hadir dan beri kerjasama dalam bengkel ni.

Journalism Writing Workshop & Bengkel Adobe Illustrator

Menjemput semua pemberita QaiSzen, dan yang berminat utk jadi pemberita QaiSzen, dan yang berminat utk menambah ilmu tentang penulisan dan kewartawanan.....

moh le join workshop/bengkel ni

bayor RM5 je utk setiap bengkel/workshop....kos yang lain semua PERUBAHAN tanggung....

kalo kat dunia di luar pagor UiTM, bengkel cenggini u ol kena bayor RM xxx.00 per day

so, selain dapat ilmu .... t saya bg sijil penyertaan....koleksi penting utk supporting document apply kolej, apply degree dan apply kerja

bila bengkel ni? rajin tgk notis board...rajin tgk blog...t saya kabo....

for time being, sapa nak joint.....click comment kat bwh post ni dan bagi nama u ol n class

atau bagi nama kat Loqman Hakim - editor QaiSzen sem ni

Sunday, July 26, 2009

THE PRESIDENCY TEAM (JULY - NOV 2009)

video
These are the people who will lead our PERUBAHAN Perak
(mengapa tiada wajah Bendahari Mengsi...? penting dia tu)
Permudahkanlah urusan mereka
InsyaAllah Tuhan akan permudahkan urusan kita pulak

Saturday, July 25, 2009

AKTIVITI Sem July - Nov 2009

Aduhai warga PERUBAHAN Perak yang dikasihi....

Sebagaimana yg telah dibentangkan di dalam bAGM pada 20 Julai 2009 yg lalu, berikut adalah aktiviti yang dicadangkan utk kita buat (termasuk bAGM). Walaupun rancangan kita terganggu dek kerana penutupan kampus selama lebih seminggu, kita tetap akan cuba buat ye...


  1. QS bAGM - 20 Jul 2009 - DSI
  2. QS Induction Week - Jul 2009
  3. QS Ten-Pin Bowling Challenge - Ogos 2009
  4. QS Sports - Ogos 2009
  5. Bengkel Adobe Illustrator - Ogos 2009
  6. Journalism Writing Workshop - Ogos 2009
  7. Event Management Workshop - Ogos 2009
  8. Pertandingan Dikir Barat - Ogos 2009
  9. Gotong Royong dan Kempen Mencegah Denggi dan Chikungunya - Ogos 2009
  10. Majlis Berbuka Puasa bersama warga emas di Rumah Seri Kenangan - Sept 2009
  11. Penerbitan QaiSzen edisi ke-5 - Sept 2009
  12. QS Dinner -konsep 'open house' - selepas Hari Raya Aidil Fitri 2009

Namun yang demikian, jumlah yuran aktiviti semester ini masih belum dapat ditentukan lagi sebab pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) masih belum mengeluarkan jumlah bajet yg telah diluluskan. Maka, sehingga itu, kita masing2 simpan je la RM100 utk yuran aktiviti dan RM15 utk yuran ahli bagi semester ini. Dan berdoalah byk2 kita dapat subsidi HEP yg sesuai dgn jumlah kita yang dah 1031 org ni

Thursday, July 16, 2009

QS Sports Dis 07 - Mei 08



The banner & button
Designed by MOHD ZUHAIRI BIN JAILAN

Project Manager QS Sports: KHAIRUL ASYRAF BIN MOHAMMAD

Menggapai "Anugerah Persatuan Cemerlang UiTM"

Selama saya jadi penasihat PERUBAHAN, tidaklah lagi pernah walau sekalipun kita dapat Anugerah Persatuan Cemerlang UiTM. Tiap-tiap tahun kita mencuba. Kita rasa kita dah buat yang terbaik. Dengan kos subsidi yang sedikit, kita masih mampan berkemandiri menjayakan pelbagai aktiviti. Tapi masih lagi tidak tergapai anugerah nan satu ini. Apakah kategori yang memungkinkan kita layak untuk dicalonkan?

1. Ilmiah
Persatuan pernah menganjurkan/menyertai aktiviti yang berbentuk ilmiah/intelektual sebagai contoh kursus, bengkel, seminar dan forum, debat, pidato, pengucapan awam, kuiz dan lain-lain serta mengambil bahagian sebagai sekretariat, peserta, ahli panel, pembentang kertas kerja, fasilitator dan sebagainya. Bersih dari sebarang tindakan tatatertib.

2. Khidmat Masyarakat/Sosial
Persatuan melibatkan diri dalam kerja-kerja amal dan kebajikan kepada masyarakat dan terlibat dalam program seperti Bakti Siswa, aktiviti Rakan Muda, pemeliharaan alam sekitar, aktiviti yang melibatkan anak yatim, warga tua, warga istimewa dan sebagainya. Bersih dari sebarang tindakan tatatertib.

3. Kreatif/Inovasi
Persatuan melibatkan diri dalam aktiviti kreatif/inovasi seperti rekacipta, penulisan, penerbitan, penyelidikan, penemuan dan sebagainya. Bersih dari sebarang tindakan tatatertib.

4. Sukan/Rekreasi
Persatuan melibatkan diri di dalam aktiviti sukan/rekreasi yang menguji kemantapan fizikal dan mental seperti mendaki gunung, kembara, ekspedisi, perkhemahan, berkayak, berjalan kaki, wall climbing, abseiling, water rafting, orienteering, penerokaan gua/rimba dan sebagainya. Bersih dari sebarang tindakan tatatertib.

5. Kesenian/Kebudayaan
Persatuan melibatkan diri dan memberi sumbangan dalam perkembangan aktiviti keseniaan dan kebudayaan seperti menyertai program teater, seni tari, puisi, seni mempertahankan diri, permainan tradisional, penyelidikan, pemuliharaan dan sebagainya. Bersih dari sebarang tindakan tatatertib.
Kalau dikira-kira, ditambah, ditolak, dibahagi, square n squaring = kita layak untuk semua ke lima-lima kategori tu. Tapi, masih tak jugak dapat anugerah ni. Usahkan dapat, pencalonan pun tak lepas. Apa pun, yang pasti, kita 'bersih dari sebarang tindakan tatatertib' :-)

Friday, July 10, 2009

Where are they now? (Dip QS Dec 04 - Mei 07)

These were my wonderpets of batch Dec 04 - May 07..... the engines of PERUBAHAN...luv them.....wonder....where they are now? If u guys bertamu di blog ni...just click comment and respond, k..


video

QSFC

QSFC pada awalnya ditubuhkan pada semester Dis 2005 - Mei 2006, oleh mantan presiden Mohd Redwan b. Hassan, dengan nama QS Extreme Team. Kemudian, nama ini telah ditukar kepada QSFC, iaitu QS Futbal/Futsal Club.

Thursday, July 9, 2009

Kewajipan ahli PERUBAHAN

PERKARA 13 (Perlembagaan Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak)

Kewajipan ahli

Setiap ahli Persatuan berkewajipan untuk :-
(a) Menghormati dan mematuhi Perlembagaan Persatuan ;
(b) Menharumkan nama dan menaikan imej Persatuan dan Universiti Teknologi MARA ;
(c) Menunjukkan tanda dan rasa hormat kepada mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc yang dianggotainya ;
(d) Menjaga adab dan tata susila dalam mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc yang dianggotainya ;
(e) Mengelakkan apa-apa perbuatan yang boleh menggangu perjalanan mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc yang dianggotainya ;
(f) Menghormati dan melaksanakan resolusi-resolusi atau keputusan-keputusan Jawatankuasa Kerja, mana-mana Mesyuarat Agong atau jawatankuasa ad hoc sama ada umum atau khusus ;
(g) Menbayar yuran dan lain-lain bayaran Persatuan ;
(h) Melaksanakan semua tugas yang diamanahkan oleh Persatuan kepadanya ; dan
(i) Pada amnya melaksanakan peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini.

Tuesday, July 7, 2009

Penasihat PERUBAHAN Perak

Dipetik daripada Perkara 7 Perlembagaan PERUBAHAN Perak

PERKARA 7

Penasihat Persatuan

(1) Persatuan hendaklah mempunyai seorang atau beberapa kakitangan yang bertindak sebagai penasihat kepada Persatuan.
(2) Penasihat Persatuan hendaklah dilantik oleh Provos atau wakilnya atas cadangan Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Penaja Persatuan , mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3) Walau apa pun Fasal (2), Provos atau wakilnya boleh , menurut budi bicara mutlaknya tanpa memberi apa-apa sebab baginya menolak cadangan Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Penaja Persatuan , mengikut mana-mana yang berkenaan dan melantik seorang atau beberapa kakitangan Universiti lain untuk menjadi Penasihat Persatuan.
(4) Perlantikan Penasihat Persatuan boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Provos atau wakilnya tanpa memberi apa-apa sebab mengenainya.
(5) Penasihat Persatuan hendaklah , tertakluk kepada Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 , mempunyai kuasa dan fungsi berikut :

a) Mengawasi dan menyelia pentadbiran Persatuan supaya mencapai objektif dan matlamat Persatuan.
b) Memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli persatuan mengenai tugas-tugas berpesatuan dan kepimpinan ;
c) Meminta apa-apa maklumat mengenai pentadbiran atau kewangan Persatuan , Jawatankuasa Kerja atau mana-mana jawatankuasa ad hoc :
d) Memeriksa rekod-rekod Persatuan , Jawatankuasa Kerja atau mana-mana jawatankuasa ad hoc
e) Melaksanakan segala kuasa dan fungsi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ; dan
f) Apa-apa kuasa dan fungsi lain seperti yang ditentukan oleh Provos atau wakilnya yang ditentukan oleh Provos atau wakilnya yang tidak tak konsisten dengan Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

PENASIHAT-PENASIHAT JUL - NOV 2009

  1. CIK NUR 'AIN BINTI ISMAIL
  2. CIK SITI NOR FAIZAH BINTI AB MALEK
  3. ENCIK MOHD HAFIZ BIN SABERI
  4. CIK TEH ZAHARIAH BINTI NASARUDDIN

Monday, July 6, 2009

Kuasa PERUBAHAN Perak

Dipetik daripada Perkara 5 Perlembagaan PERUBAHAN Perak

PERKARA 5

Kuasa Persatuan

(1) Persatuan hendaklah mempunyai kuasa;

a) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk kebersihan dan pengekalan alam sekitar seperti gotong-royong, rubbish hunt dan lain-lain;
b) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk jasmani seperti program bina semangat, jalan lasak, kembara, ekspidisi, latihan pengkalan hutan, kawad dan lain-lain;
c) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk keintelektualan dan akedemik seperti kursus, konvensyen, seminar, persidangan, pameran, ekspo, forum, bengkel, pertandingan, kuiz, ceramah, misi akedemik, nasihat kerjaya, lawatan industri, lawatan sambil belajar dan lain-lain;
d) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk kepimpinan seperti khursus konvensyen, seminar, persidangan, pameran, ekspo, forum, bengkel, pertandingan, kuiz, ceramah, lawatan sambil belajar dan lain-lain aktiviti kepimpinan;
e) menganjurkan apa-apa kegiatan berbentuk keagamaan dan pembinaan insan seperti tilawah, syarahan, berzanji, tafsir, hafazan, nasyid, kursus, konvensyen, seminar, persidangan, pameran, ekspo, forum, bengkel pertandingan, kuiz, ceramah dan lain-lain aktiviti keagamaan;
f) menganjurkan apa-apa kegiatan sosial kebudayaan seperti makan malam, malam anugerah kecermelangan, jamuan teh, malam kesenian dan kebudayaan, persembahan kebudayaan, sajak, puisi, pantun, syair, pidato, debat, bahas, drama, cerpen, cereka, teater, koir, nyanyian, tarian, kompang, gamelan dan peralatan muzik yang lain, dan lain-lain aktiviti sosial kebudayaan;
g) menganjurkan apa-apa aktiviti berasaskan khidmat masyarakat seperti projek anak angkat, lawatan ke rumah orang tua dan anak yatim, gotong-royong, pameran, ekspo dan lain-lain aktiviti berasaskan khidmat masyarakat;
h) menganjurkan apa-apa aktiviti sukan termasuk sukaneka dan permainan tradisional;
i) tertakluk kepada kaedah 7, kaedah-kaedah institusi-institusi pelajaran (tatatertib pelajar-pelajar) 1976, mengadakan apa-apa mesyuarat dengan semua atau mana-mana kumpulan ahli Persatuan;
j) tertakluk kepada kaedah 10, kaedah-kaedah institusi-institusi Pelajar (tatatertib pelajar-pelajar) 1976, menerbitkan, membahagi-bahagi atau mengedarkan apa-apa dokumen;
k) tertakluk kepada kaedah 11, kaedah-kaedah institusi-institusi Pelajaran (tatatertib pelajar-pelajar) 1976, menganjurkan menjalankan atau menyertai apa-apa kegiatan di luar universiti;
l) tertakluk kepada seksyen 11, akta institusi –institusi Pelajaran (tatatertib) 1976, mengumpulkan wang atau harta lain dengan cara pungutan, derma, penajaan, rayuan,dan lain-lain punca;
m) tertakluk kepada seksyen 10, akta institusi Pelajar (tatatertib)1976, bekerjasama berhubung atau besekutu dengan mana-mana Persatuan, pertubuhan badan atau kumpulan wang;
n) menubuhkan dari semasa ke semasa jawatankuasa-jawatankuasa ad hoc dari kalangan ahli-ahli Persatuan bagi maksud-maksud atau tujuan-tujuan tertentu dan;
o) untuk melakukan apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu untuk membolehkannya melaksanakan fungsinya dengan berkesan.

(2) walau apa pun perenggan (1), Persatuan tidak boleh mengarahkan apa-apa kutipan wang atau harta lain bagi tujuan yuran atau lain-lain bayaran Persatuan sehingga mendapat kelulusan mana-mana Mesyuarat Agong dan Penasihat Persatuan.

(3) Peratuan dilarang menubuhkan:-
I. apa-apa persatuan pelajar di peringkat kolej atau universiti; atau
II. apa-apa jawatankuasa ad hoc yang menyerupai atau menjalankan fungsi dan
kuasa sebuah Persatuan pelajar di peringkat kolej dan universiti,

(4) walau apa pun fasal (1), provos atau wakilnya boleh menurut budi bicara mutlaknya tanpa memberi apa-apa syarat sebab baginya mengenakan apa-apa syarat ke atas kuasa-kuasa, mengubahsuai, menambah, menghad atau membatalkan kuasa-kuasa Persatuan.



Sunday, July 5, 2009

Fungsi PERUBAHAN Perak

dipetik daripada Perkara 4 Perlembagaan PERUBAHAN Perak

PERKARA 4

Fungsi Persatuan

Fungsi Persatuan adalah seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Pertama.

JADUAL PERTAMA

  1. Untuk mengharumkan nama dan menaikkan imej Persatuan dan Universiti Teknologi MARA.
  2. Untuk melaksanakan semua kuasa Persatuan.
  3. Untuk memupuk semangat hidup sebagai suatu Persatuan di kalangan pelajar-pelajar Universiti atau kumpulan pelajar Universiti atau penghuni-penghuni kolej mengikut mana-mana yang berkenaan.
  4. Untuk menjalankan, melaksana dan menunaikan mengikut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini dan akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 semua kuasa , tugas dan kewajipan yang , diberi , diadakan atau ditaggungkan ke atas Persatuan oleh Peruntukkan-Peruntukkan itu
  5. Untuk menjalankan apa-apa aktiviti lain seperti yang ditentukan oleh Provos atau wakilnya dari masa ke semasa.
  6. Untuk melahirkan mahasiswa , khususnya ahli persatuan yang bersifat progresif dan mempunyai daya perubahan diri yang tinggi serta sebagai penyumbang kepada pemodenan negara.
  7. Untuk menjaga dan memperbaiki imej mahasiswa , khususnya ahli persatuan dari pandangan luar disamping mewujudkan masyarakat kampus yang matang , bertanggungjawab dan berketerampilan.
  8. Untuk memupuk konsep keterbukaan yang universal di dalam berbagai bidang tanpa menjejaskan prinsip-prinisip akhlak, moral, dan etika agama dan bangsa.
  9. Untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa, khususnya ahli persatuan dengan gaya hidup sihat melalui pelbagai program yang dirancang agar Mahasiswa , khususnya ahli persatuan tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang tidak berfaedah.
  10. Untuk merapatkan hubungan di antara para pensyarah dan mahasiswa, khusunya ahli persatuan melalui aktiviti yang dirancang.

Saturday, July 4, 2009

Pengertian warna di dalam Logo PERUBAHAN Perak






Logo PERUBAHAN Perak adalah khusus untuk Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak. Ianya tidaklah boleh dianggap sebagai Logo eksklusif PERUBAHAN di Sarawak dan Shah Alam. Logo ini dicipta dengan warna utama hitam, kuning dan putih, sempena warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan.

Apakah takrifan pengertian warna-warna di dalam Logo ini? (Dipetik daripada Perlembagaan PERUBAHAN Perak)

Kuning , merah , biru , putih merupakan warna-warna dalam Jalur Gemilang dan warna hitam , kuning , serta putih merupakan gabungan warna bendera negeri Perak yang mana secara tidak langsung ia membawa makna yang terkandung di dalamnya kedua-dua bendera tersebut. Selain itu pengertian tambahan mengenai warna-warna tersebut yang berkaitan dengan persatuan adalah seperti berikut :

KUNING
Kesetiaan ahli PERUBAHAN terhadap pemerintahan beraja dan kesultanan Melayu.

MERAH
Keberanian ahli PERUBAHAN dalam menyahut cabaran semasa dan segala rintangan yang mendatang.

BIRU
Perpaduan yang erat serta kukuh diantara ahli PERUBAHAN dalam menempuh segala cabaran semasa serat mempunyai matlamat yang boleh dikongsi bersama.

PUTIH
Ketakwaaan , kesucian dan ketelusan yang menjadi pegangan ahli PERUBAHAN.

HITAM
Keserasian yang membawa makna kemampuan ahli PERUBAHAN dalam menyesuaikan diri dalam berbagai-bagai keadaan terutama dalam menghadapi era globalisasi.

Friday, July 3, 2009

Motto PERUBAHAN Perak : “Ke arah Mahasiswa Bertaqwa dan Progresif”

Ke arah mewujudkan mahasiswa yang sentiasa berusaha dalam membudayakan ilmu pengetahuan dan bersifat progresif dengan mempunyai daya perubahan diri yang tinggi dan sentiasa memandang ke depan yang bukan sahaja sebagai penerima tetapi sebagai penyumbang kepada permodenan tamadun masa depan. Segala apa yang dilakukan ini akan sentiasa berlandaskan ketaqwaan yang menjadi pendinding yang utuh dan kukuh untuk mengelak daripada berlakunya penyelewengan dari landasan akhlak, moral, dan etika agama dan bangsa.

(Dipetik daripada Perlembagaan PERUBAHAN Perak)

Thursday, July 2, 2009

Penubuhan Persatuan Ukur Bahan (PERUBAHAN) Perak

Dipetik daripada Perkara 3 Perlembagaan PERUBAHAN Perak
PERKARA 3

Penubuhan Persatuan

(1) Maka adalah ditubuhkan suatu Persatuan pelajar yang hendaklah dikenali sebagai “Persatuan Ukur Bahan (PERUBAHAN), Universiti Teknologi MARA” dibawah Seksyen 8, Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.

(2) Persatuan yang ditubuhkan dibawah Fasal (1) tidak dibenarkan menggunakan apa-apa nama:-

a) Negeri , wilayah , daerah , mukim , kampung atau apa-apa nama lain yang membawa maksud kenegerian atau kedaerahan ;
b) Agama atau kepercayaan atau apa-apa nama lain yang membawa maksud keagamaan atau kepercayan lain ; dan
c) Mana-mana kumpulan etnik atau suku kaum, pada nama Persatuan.

(3) Persatuan adalah dibenarkan bekerjasama , berhubung atau bersekutu dengan mana-mana Persatuan, pertubuhan badan atau kumpulan orang di luar Universiti tetapi bekerjasama, perhubungan atau pesekutuan ini adalah tertakluk kepada kelulusan bertulis Menteri dan wakilnya.

SEBERMULA KISAH....

Aduhai ahli PERUBAHAN Perak yg dikasihi. Pada masa terfikir utk membuat buletin bagi PERUBAHAN, satu usul telah dibentangkan di dalam bAGM. Hasilnya, majoriti mahukan website, bukan buletin media cetak. Tapi kita mempunyai masalah dgn red-tapes. Maka kita tangguhkan sehingga MPP kita mempunyai laman web sendiri, then baru kita boleh tap ke laman web mereka ini.

Sementara itu, kita sangat teruja dan beriltizam, lalu kita pun menerbitkan buletin kita sendiri secara cetak dan kita namakan "QaiSzen". Sehinggalah kita sudah menerbitkan 4 edisi QaiSzen, MPP kita masih belum usaikan masalah laman web mereka.

Semester ini, apa kata kita cuba buat blog. Ada sapa2 nak kongsi idea, etc....sila majukan.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP