Monday, August 10, 2009

Part 01 - Selamat Berinduksi

Aduhai warga PERUBAHAN part 01 yang dikasihi

Selamat berinduksi la......bermula malam ini, kan.
Jangan tertekan. ini bukan MMS, orientasi atau regging.
Ini adalah program (legal) utk part 01 kenal insan2 yang dah lebih dulu berada di AP114 ini.

Kita ni ramai. Ada lebih 1000 org di dalam AP114. Kita kena bina 'networking' sesama warga PERUBAHAN. Supaya boleh bantu sesama sendiri bila tiba waktu kepayahan, terutamanya waktu nak beli tiket bas balik kampung, waktu nak buat assignment, waktu nak final exam dan sebagainya.

Harap semua warga part 01 dapat beri kerjasama terbaik utk program ini. Kita tak mau batch ni jadi mcm batch sem lepas. Jangan ponteng!!!

Sapa ponteng, saya akan kenakan denda - tulis essei (handwritten) 3000 patah perkataan di atas kertas fotostat 70g menggunakan pen dakwat biru sahaja. Essei ini harus dihantar pada pagi Isnin 17 Ogos 2009 kepada Cik Faizah, sebelum jam 8.30 pagi. Tajuk essei akan diuar2kan di blog ini, beserta dgn senarai nama yg ponteng itu, pada hari Ahad pagi setelah AJK (CC) memuktamadkan attendance. Sapa yang ponteng lebih drpd 2 hari, bilangan patah perkataan akan bertambah dgn kadar 500 patah perkataan sehari.

Sapa yang kena denda ni, tapi tak buat pun denda ni, atau lewat hantor denda ni, saya tambah lagi satu essei yang mempunyai tajuk yang lain, dgn jumlah perkataan 3000 patah perkataan sahaja. Yang tu pun dia tak anto, saya tambah lagi satu essei. dan begitulah seterusnya.

Usah risaukan tentang siapa lah yang akan bantu saya mengira bilangan patah perkataan di dalam essei itu. Telah pun ada satu jawatankuasa khas yg bersedia lagi teruja utk melaksanakan proses pengiraan perkataan bagi essei2 ini. Kalo didapati tidak cukup 3000, maka saya akan anggap ianya tidak dibuat pun. Maka, saya kemudiannya akan tambah lagi satu essei yg mempunyai tajuk yang lain, dgn jumlah perkataan 3000 patah perkataan juga.

Kepada warga PERUBAHAN part 02, 03, 04, 06 dan lain2, sila la beri kerjasama mantop terhadap program ini.

Kalau bukan kita, siapa lagi yg nak menyemarakkan aktiviti PERUBAHAN

16 comments:

malimkundang August 10, 2009 at 2:04 PM  

Adoyaiiii....... assignment measurement lagi... krem tapak tangan rr..... tak mo ponteng ...tak mo ponteng...

Wonderpet keluar Wonderland dah.. dok Wetland plak August 10, 2009 at 2:34 PM  

jangan la ponteng.. sesungguhnya kalo ponteng, kena tulis esei.. lagi teruk.. sem lepas kena bayar 1.50 untuk 1 sesi... maksudnya sem ni lagi radical dendanya.. bagos cik teh.. denda yang sgt kretip.. go! Cik Teh go!

fan cik teh August 10, 2009 at 10:16 PM  

bagus cik teh...!!!
saya cadangkan cik teh guna pen 7 warna...biar mengigau cari pen..
essei mesti dalam english..setiap kesalahan kena denda lagi...pastu tampal kat notice board..confirm xde lagi yang xbagi komitmen.Peraturan ni untuk semua part.Bukan part 1 je.Baru 1Malaysia..

cbvcd August 10, 2009 at 11:24 PM  

hahaha...terbaik ah...

Wonderpet tengah tahan tension~ August 12, 2009 at 12:30 PM  

part 1 mule2 memang la ramai.. tapi.... semakin di tengah program.. semakin ramai yg hilang... ape nak jadi? kami beriduksi sesama sendiri...

ubi August 12, 2009 at 12:35 PM  

huh
hampeh part 4!!!!!!
part 4 syok sendiri.... bajet bagus..blah r

cikteh August 12, 2009 at 8:49 PM  

ubi...part berapa pun awak berada, pada saya part 02 skrg yg hampeh pasai bab2 induksi nih. Bukti pun saya dah bagi kat blog post sebelum ni. kalo awak prnah atau sedang atau akan berada di part 4, tp tak terlibat dgn menguruskan induksi ini, awak dah rugi satu pengalaman penting dalam hidup. Kerjaya QS akan menyebabkan awak uruskan sekelompok manusia pelbagai kelayakan, umur, bangsa dan fahaman agama. Aktiviti persatuan sebeginilah platform terbaik utk awak membuka minda dan berlatih utk uruskan sesuatu.
Biarlah part 04 syok sendiri. Mereka mahu dan sedang belajar utk menjadi QS yang berjaya

appy August 13, 2009 at 9:26 PM  

haha.. nasib baik aku dah lepas.

Wonderpet stay kat bilik.. Demam~ T.T August 14, 2009 at 10:34 PM  

hoho ades~ yang lepas tu bia la lepas.. tapi ade btol gak...

nea syazwanie August 15, 2009 at 5:22 PM  

semalam adalah hari last induksi.. pada pendapat sy, malam semalam adalah hari induksi yang paling best. mmg happening. thanks to part 4 last night. n tak lupa pade semua senior2 yang telah bekerja keras utk menjayakan induksi ini..

ubi August 19, 2009 at 11:08 AM  

xfair la
part 1 kne 3 ari je
mane aci!!!!
hish
grrrr

cikteh August 21, 2009 at 10:01 PM  

ubi ku sayang, ubi ku sorang

redhakanlah part 1 ni kena induksi lebih sikit harinya dari awak.

bukannya apa...sebab ada H1N1....semua jadi kelam kabut

kalo tak, saya akan bagi diorang 8 hari, 1 hari extra dari dulu

kot mana pun, terima kasih la ubi, sebab sudi bagi komen kat sini

sudi sudi kan la lagi

ubi August 28, 2009 at 10:06 PM  

hahahahah
tq la cik teh
tp mmg x puas hati la
adui
tmbah lg smgu la indction kat diorg
bia diorg rspct kat snior diorg

Anonymous August 30, 2009 at 3:04 PM  

cik teh kate part 2 hampeh....sdey2..=(
tp kitorg da berubah...
skang nie, pe2 aktiviti mst ktorg trun pdg...walaupn aktiviti 2 x best...
ktorg nk naik kn blik nme part 2..

-detektive conan-

cikteh September 1, 2009 at 8:28 PM  

dear detective conan

betol saya kata part 02 hampeh.
part 02 hampeh masa part 02 berada di part 01.
saya benar2 berharap part 02 akan tebus maruah utk menaikkan kembali batch u ol, dgn menjayakan Dinner kita nanti dgn sejaya-jayanya.
kalo berjaya, tak de sapa dah nak sebut2 yg batch u ol ni hampeh kerabbi. terutama saya.....

Anonymous March 1, 2010 at 11:22 AM  

apa cerita lama lama ni. cerita baru takde ke?? :)

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP