Friday, August 14, 2009

QaiSzen oh QaiSzen....

"sejauh pandangan saya, qaiszen=penambah jumlah hutang, sedangkan rata-rata pelajar hanya membacanya ketika tunggu makanan masa dinner saja, harap maaf jika tersilap kata n harap akan diadakan meeting"
chat box entry 14 Aug 09, 00:36 from 'warga qs prihatin'


Saya sangat menghargai pandangan ini.

Daripada edisi pertama QaiSzen (Ketua Editor - Dalia binti Zanudin), kemudian edisi kedua QaiSzen (Ketua Editor - Arif Aizuddin bin Ahmad), edisi ketiga QaiSzen (Ketua Editor - Muhd Rashid bin Mohd Iskandar Manjit) dan hinggalah ke edisi ke-empat QaiSzen (Ketua Editor - Muhammad Hazwan bin Eidan).....fenomena inilah yang seringkali berlaku.

Empat edisi buletin QaiSzen ini telah kebanyakannya hanya ditatap atau dibelek atau diselak atau dipegang atau dikipas-kipaskan semasa QS Dinner. Usai majlis, banyak QaiSzen ditinggalkan di dalam dewan majlis QS Dinner itu. Dan bdk2 QaiSzen kutip dan kumpulkan QaiSzen ini dan diserahkan kembali kepada saya untuk simpanan. Saya dan editorial board (setiap edisi) akan berasa sgt sedih dgn tindakan ini.

Namun yang demikian, bilangan naskah yang dikutip setiap selepas dinner sebenarnya adalah semakin menurun drpd edisi pertama hinggalah ke edisi ke empat. Saya melihat fenomena ini dari pandangan tiga sudut.

Pertama, kualiti QaiSzen itu sendiri. Kualiti bahan bacaan yg diterbitkan dan kualiti bahan kertas dan cetakan terbitan itu. Saya boleh meletakkan inferens yang penurunan bilangan naskah yang ditinggalkan dengan sengaja di dalam dewan dinner adalah disebabkan oleh kualiti buletin QaiSzen itu semakin bertambah baik. Buletin ini dibawa pulang, tidak lagi dibuang di dalam dewan (beranggapan baik bahawa buletin ini akan dibaca...apa jadi kemudiannya wallahualam)

Kedua, penghargaan dan keterujaan segelintir warga PRUBHN terhadap buletin ini. Terdapat segelintir pelajar yang memang menyimpan setiap edisi QaiSzen ini utk kenang-kenangan. Dan bilangan segelintir pelajar ini pula semakin bertambah, dari semester ke semester. Dan saya amat menghargai pelajar nan segelintir ini. Mereka menghargai hasil penat lelah saya dan editorial board, mereka memudahkan kerja kami dan moga Allah permudahkan urusan mereka di UiTM Perak ini, dan urusan mereka yang lainnya.

Ketiga, kesedaran warga PRUBHN terhadap tabiat membaca. Apabila warga PRUBHN boleh memberi respon terhadap satu-satu topik yang diterbitkan di dalam QaiSzen dengan baik, ini bermakna mereka telahpun membaca penulisan itu. Dan bilangan respon ini semakin bertambah bagi setiap semester. Dan saya adalah antara insan yang paling gembira apabila warga PRUBHN mula berminat untuk membaca.


Aduhai warga PRUBHN sekelian.

Objektif asal penerbitan QaiSzen adalah untuk mengarkibkan segala aktiviti PRUBHN, supaya dijadikan rujukan pada masa hadapan kepada warga PRUBHN yang baru. QaiSzen juga turut memainkan peranan sebagai 'marketing tool' untuk memasarkan perogram AP114 dan Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak kepada masyarakat luar. Selain daripada kita edarkan QaiSzen ini kepada warga PRUBHN yang hadir bertamu semasa QS Dinner, ianya juga diedarkan kepada pelajar praktikal (dan pegawai penyelianya), alumni PRUBHN, dan juga kepada pelajar semester satu (pada awal2 semester).


Dakwaan QaiSzen = penambah jumlah hutang, adalah persamaan (equation) yang saya rasa langsung tidak masuk akal. Sebab QaiSzen masih tetap relevan terhadap objektif asalnya dan juga terhadap kelompok warga yang menghargainya. Manakala orang-orang yang berhutang (penambah jumlah hutang), menambah hutang dan melengahkan atau tidak membayar hutang adalah kerana masalah mental individu itu sendiri, yang tidak faham ajaran agama Islam tentang isu hutang dan hukum melangsaikan hutang dgn kadar segera.
Wallahualam......

19 comments:

ar-T August 14, 2009 at 11:15 AM  

cik teh
maafkan lah saya
saya pernah tertinggal qaiszen kat meja mkn kat dewan antik kat ipoh tu
tu sekali je, pehtu tak buat dah
doakanlah jugak utk saya
doakanlah moga Allah permudahkan urusan saya jugk

Anonymous August 14, 2009 at 1:37 PM  

btul ckp cik teh tu..hy owg yg x menghargai qaiszen shj yg ley ckp penambah hutang...ble korg da bes blaja,br tau betapa pentingnye qaiszen nh,dat y ain rs ralat klu x cukup koleksi qaiszen nh..sedangkn pihak luar sendiri yg hargai qaiszen nh,nape kte sebagai ahli nk anggap ia seb beban...bos n staff kt tmpt ain practical dl pn bgga tgk qaiszen nh tau..at least,hargai larrr sket jasa2 owg yg bersengkang mata tuk qaizsen nh,ain antara saksi2 owg yg mendgr arahan cik teh suh kutip qaizsen pas dinner..kuciwa tul...are-in..

Wonderpet selsema.. Haaachooo~ August 14, 2009 at 10:41 PM  

qz bagos... untuk buletin.. tapi penulisan macam bosan n terlalu kayu....but good effort dari xde langsung

smm2 August 15, 2009 at 12:05 PM  

ade mmbr2 yg ade jer duit...p mana2ngn mmbr2 laen...pangkor la...cameron la...joli sakan...tp utang dinner xnak bayor..cian cikteh...tanggung utang sorang2 diri

kertasgraf August 15, 2009 at 3:53 PM  

cikteh.. xnk try bwat Qaiszen kompak sket?? xrasa mcm besar ke qaiszen yg sblm2 nih?? =j

PUB - KP AP114 August 15, 2009 at 5:46 PM  

I am reading all your comments. Make sure the comments are professional and for the betterment of the PERUBAHAN.
Anonymous ID will not be recognised and their comments are considered null and voids.
Happy Blogging :)

cik teh August 15, 2009 at 10:24 PM  

Terima kasih tuan, sudi bertamu di sini. Ziarah la blog ni selalu

bukan bdk QS August 15, 2009 at 11:12 PM  

saya ada simpan 1 QaiSzen

yakuza part1 August 17, 2009 at 2:44 PM  

saya rasa utk mengelakkkan qaizen ini ditinggalkan atau diabaikan oleh siswa dan siswi, saya rasa publisher harus meletakkan gambar kelas bg stiap part..... ini adalah melalui kajian saya, dia owg maybe akan simpan qaizen kerana gambar mereka terdapat dlm qaizen itu.......

harap maklum.....

Daud,sinkli,din,asil August 17, 2009 at 2:59 PM  

QS maju jaya......

Anonymous August 19, 2009 at 5:06 PM  

Kalau hutang perubahan semakin bertambah...mungkin boleh consider STOP kan saja.

Anonymous August 19, 2009 at 9:25 PM  

selamat berpuasa....

Kepah August 20, 2009 at 8:38 AM  

QZ is bulletin. not year book.

cikteh August 20, 2009 at 11:33 PM  

kepada makhluk yang masih mengaitkan hutang dgn penerbitan QaiSzen....sila jumpa saya sambil bawa calculator utk tolong kira hutang2 yang berkaitan atau disebabkan oleh penerbitan QaiSzen ini

khrl.jr August 22, 2009 at 1:08 AM  

ape kate upgrade je buletin qaiszen nie. jangan jadikan sekadar buletin. macam tujuan asal perubahan nak arkibkan aktiviti perubahan. so letak la memori setiap kelas eg. gamba clas ke. or ape2 supaya bile dah habis study time keje bukak blek qaizen bley gelak sensorg.. saya pun dah ada 2 qaizen even sem lepas punya qaiszen cam haram wat sakit mata je bace tapi simpan je la.[even xda gamba saya cik]

sutera gebu August 28, 2009 at 10:01 PM  

.hutang.?
isu yang terkejut saya lihat diskrin AGM..

mungkin..1)budak2 diwajibkan secara agak memaksa untuk hadir ke dinner.

*kami tak de duit.tapi kalau tak pegi kene tindakn,ugutn,perlian...

jadi,terpksalah pergi..
pergi berhutang.

kami tak de duit.tapi kene pergi.
cube takyah wajibkan .mungkin penurunan akan ada disudut hutag pergi ke dinner.

*tk semua keluarge bnyk duit.

PANDANGAN

Anonymous August 29, 2009 at 2:53 PM  

erm..sye rse an..
kite ltk pic kls dlm qai szen..
so,tak kn aa nk buang pic kls sndri kan?kan?

cikteh August 30, 2009 at 6:45 PM  

dear sutera gebu,

yang mewajibkan kehadiran ke dinner, bukanlah saya atau mana2 penasihat yg lain, atau tuan KP sendri pun.

sebaliknya ianya telah termaktub di dalam perlembagaan PRUBHN, yg telah pun diluluskan oleh Senat UITM di Shah Alam.

sebagai penasihat, selama ini saya menasihati warga PRUBHN mengikut peruntukan sedia ada di dalam perlembagaan itu.

jgn lah beranggapan saya tiada berperikemanusiaan sehingga memaksa semua warga PRUBHN hadir ke dinner. kerana saya kira saya dah cukup byk membantu meringankan beban warga PRUBHN selama ini

tapi kalo sutera gebu(dan rakan2 lain) masih beranggapan begitu, saya serahkan sahaja perkara ini kepada ketentuan Allah. hanya DIA yg tahu apa yang telah saya buat, lalui, korbankan, dan tanggung selama ini.

Anonymous August 31, 2009 at 5:34 PM  

saya sokong cikteh...sutera gebu engt suke2 je perubahan nk bt qs diner...

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP