Saturday, July 4, 2009

Pengertian warna di dalam Logo PERUBAHAN Perak






Logo PERUBAHAN Perak adalah khusus untuk Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak. Ianya tidaklah boleh dianggap sebagai Logo eksklusif PERUBAHAN di Sarawak dan Shah Alam. Logo ini dicipta dengan warna utama hitam, kuning dan putih, sempena warna bendera negeri Perak Darul Ridzuan.

Apakah takrifan pengertian warna-warna di dalam Logo ini? (Dipetik daripada Perlembagaan PERUBAHAN Perak)

Kuning , merah , biru , putih merupakan warna-warna dalam Jalur Gemilang dan warna hitam , kuning , serta putih merupakan gabungan warna bendera negeri Perak yang mana secara tidak langsung ia membawa makna yang terkandung di dalamnya kedua-dua bendera tersebut. Selain itu pengertian tambahan mengenai warna-warna tersebut yang berkaitan dengan persatuan adalah seperti berikut :

KUNING
Kesetiaan ahli PERUBAHAN terhadap pemerintahan beraja dan kesultanan Melayu.

MERAH
Keberanian ahli PERUBAHAN dalam menyahut cabaran semasa dan segala rintangan yang mendatang.

BIRU
Perpaduan yang erat serta kukuh diantara ahli PERUBAHAN dalam menempuh segala cabaran semasa serat mempunyai matlamat yang boleh dikongsi bersama.

PUTIH
Ketakwaaan , kesucian dan ketelusan yang menjadi pegangan ahli PERUBAHAN.

HITAM
Keserasian yang membawa makna kemampuan ahli PERUBAHAN dalam menyesuaikan diri dalam berbagai-bagai keadaan terutama dalam menghadapi era globalisasi.

10 comments:

da qs1e August 12, 2009 at 3:17 PM  

induksi best gak ar...
cik teh,,
dpt knl rmai abg n akak senior...hehehhehe

cikteh August 13, 2009 at 8:18 AM  

aisehhhh....bagi komen kat blog post induksi la

QSrocketboys August 17, 2009 at 5:01 PM  

testing 123....

QSrocketboys August 17, 2009 at 5:05 PM  

TAHNIAH PART3....
>SYE AMAT BERPUAS HATI DGN PENGLIBATAN PART3 DLM AKTIVITI DIKIR BARAT.......KNAPE PART 1 HANTAR 1 TEAM JEE...X KENA DENDA KE..HEHEHE

QSrocketboys August 17, 2009 at 5:06 PM  

hehehehehehe jangan mara ek....stay happy

cikteh August 23, 2009 at 1:48 PM  

ni apa hal kasi komen kat salah blog post ni? nak kena jentik bdk2 ni. biasa tu....!!

daqs1e November 1, 2009 at 1:16 PM  

perubahanperak....

Anonymous February 2, 2010 at 9:49 PM  

jentik je bdk2 tu cik teh...hahahaha

cikyad~ February 11, 2010 at 10:23 PM  

cik..kite punya team bola menang ke...?....peteh QS..peteh..^.^

nurfaralyana March 24, 2010 at 1:07 PM  

ASSALAMUALIKUM....

SAYA ASPA MAWAR BINTI BAHAROM DARI WAKIL PART ONE INGIN MEMINTA MAAF KERANA TIDAK MEHADIRKAN DIRI PADA QS FAMILY DAY KERANA ATAS KESALAHAN DIRI SENDIRI.
DENGAN ITU SAYA INGIN MEMINTA MAAF KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN SECARA LANGSUNGNYA.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP