Penasihat PERUBAHAN Perak
Dipetik daripada Perkara 7 Perlembagaan PERUBAHAN Perak
PERKARA 7
Penasihat Persatuan
(1) Persatuan hendaklah mempunyai seorang atau beberapa kakitangan yang bertindak sebagai penasihat kepada Persatuan.
(2) Penasihat Persatuan hendaklah dilantik oleh Provos atau wakilnya atas cadangan Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Penaja Persatuan , mengikut mana-mana yang berkenaan.
(3) Walau apa pun Fasal (2), Provos atau wakilnya boleh , menurut budi bicara mutlaknya tanpa memberi apa-apa sebab baginya menolak cadangan Jawatankuasa Kerja atau Jawatankuasa Penaja Persatuan , mengikut mana-mana yang berkenaan dan melantik seorang atau beberapa kakitangan Universiti lain untuk menjadi Penasihat Persatuan.
(4) Perlantikan Penasihat Persatuan boleh pada bila-bila masa dibatalkan oleh Provos atau wakilnya tanpa memberi apa-apa sebab mengenainya.
(5) Penasihat Persatuan hendaklah , tertakluk kepada Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 , mempunyai kuasa dan fungsi berikut :
a) Mengawasi dan menyelia pentadbiran Persatuan supaya mencapai objektif dan matlamat Persatuan.
b) Memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada ahli-ahli persatuan mengenai tugas-tugas berpesatuan dan kepimpinan ;
c) Meminta apa-apa maklumat mengenai pentadbiran atau kewangan Persatuan , Jawatankuasa Kerja atau mana-mana jawatankuasa ad hoc :
d) Memeriksa rekod-rekod Persatuan , Jawatankuasa Kerja atau mana-mana jawatankuasa ad hoc
e) Melaksanakan segala kuasa dan fungsi seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 ; dan
f) Apa-apa kuasa dan fungsi lain seperti yang ditentukan oleh Provos atau wakilnya yang ditentukan oleh Provos atau wakilnya yang tidak tak konsisten dengan Perlembagaan ini dan Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
PENASIHAT-PENASIHAT JUL - NOV 2009
- CIK NUR 'AIN BINTI ISMAIL
- CIK SITI NOR FAIZAH BINTI AB MALEK
- ENCIK MOHD HAFIZ BIN SABERI
- CIK TEH ZAHARIAH BINTI NASARUDDIN
9 comments:
alhamdulilah....kami bersyukur kerana mmpunyai antara lecture yg terbaik didunia....kami merasa bangga dengan lecture kami...tq..Allah..
mmg u ol patut sgt bersyukur. lebey2 dpt cik teh yg jadi penasihat. jaga la dia elok2. aku rugi sgt la. time aku dulu, dia belum jadi penasihat. PERUBAHAN ni mcm tak de je. ntah hapa2 tah. tpi aku ngam dgn dia. dgn mak abah dia. abang2 dia. sumer cool. luv u very much cik teh. salute u....
hai cikteh,semalam[5 july] cikteh ada bagi tahu yang pelajar semester 1 yang lepas adalah teruk,tapi saya rasa pelajar semester 1 tahun ini adalah ok2 semua,insyaallah.......
aku mmg bersyukur....Alhamdulillah. seb baek ada cik teh
nape nama cikteh no 4 ek?
soalan yg da ramai tanya secara peribadi.
saya letak diri saya no 4, dalam senarai penasihat sebab saya skrg ni hanyalah org ke 4 penting dalam PRUBHN.
Good Job to all... :)
Keep it ON!
salam tuk abg2 n kakak2...
if xpuas hati dinner smlm...
jmpe kat posmotem...jgn lupe,,,,luahkan sumenye....kteorg dh sedia....chaiyok tuk sesi kutuk mgutuk...=)
tahniah semua...
Post a Comment