TAMAT SUDAH AKTIVITI SEM JUL - NOV 2009
ASSALAMUALAIKUM warga Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak yang dikasihi sekelian
Dengan selesainya Mesyuarat Post-Mortem malam semalam, maka tamatlah sudah semua aktiviti PERUBAHAN untuk semester ini. Diharap semua yang terlibat dapat menimba pengalaman dan ilmu di dalam hal-hal kemahiran insaniah (soft skill), sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, seperti yang berikut :
1. Critical Thinking and Problem Solving Skills
2. Communication Skills
3. Ethics and Professionalisms
4. Group Working Skills
5. Life Long Learning and Information Management
6. Entrepreneurship skills
7. Leadership skills
Pembelajaran ilmu kemahiran insaniah (soft skill) adalah bersandarkan dua pendekatan : DOs and DONTs.
DOs : kita alami dan lihat sesuatu yang elok, kita patut contohi, belajar dan praktik apa yang patut kita buat
DONTs : kita alami dan lihat sesuatu yang tidak elok di mata, di hati dan bercanggahan dengan prinsip asas agama, sivik dan akhlak, kita patut belajar apa yang tidak patut kita buat
Apakah pentingnya ilmu kemahiran insaniah (soft skill)? Ilmu ini yang membina 'attitude'. Dan 'attitude' inilah yang membina kita, dan cara kita bekerja di dunia kerjaya nanti.
Saya berharap apa yang telah kita sama-sama lalui semester ini (dan semester2 sebelum ini) memberi pengajaran kepada semua, terlebihnya kepada diri saya sendiri. Yang baik jadikanlah teladan, yang tidak jadikanlah sempadan.
Saya dengan ini memohon ampun maaf daripada semua warga PRUBHN atas segala kekurangan, kepincangan, keterlanjuran dan gangguan emosi yang tehasil daripada tindakan saya selama ini. Saya halalkan segala ilmu yang telah saya curahkan kepada semua warga PERUBAHAN. Setiap yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. Manakala yang tidak itu datang dari kelemahan saya sendiri.
Semoga PERUBAHAN akan terus aktif di persada gugusan persatuan2 dalaman UiTM Perak.
CIK TEH ZAHARIAH NASARUDDIN
Penasihat
Persatuan Ukur Bahan
(2006 - 2009)