Thursday, December 31, 2009

Menamatkan tugas sebagai penasihat PERUBAHAN

Assalamualaikum aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi sekelian.

Adalah dimaklumkan bahawa saya akan menamatkan tugas saya sebagai penasihat PERUBAHAN pada jam 23:59, 31 Disember 2009 hari ini. Penasihat2 yang akan mendampingi anda mulai 2010 adalah :

  1. Penasihat 1 : Cik Nur'Ain binti Ismail
  2. Penasihat 2 : Encik Mohd Hafiz bin Saberi
  3. Penasihat 3 : Cik Siti Nor Faizah binti Ab Malek
  4. Penasihat 4 : Encik Syhidi bin Azli
Setelah 4 tahun berturut-turut saya menjadi penasihat PERUBAHAN, saya kira sudah tibalah masanya saya mengudur diri (dengan izin Tuan KP). Sehubungan dengan itu, dengan rasa rendah hati saya memohon jutaan ampun dan maaf daripada semua warga PERUBAHAN, dan ex-warga PERUBAHAN, atas segala kekurangan dan kelemahan diri saya di sepanjang saya menguruskan dan mentadbir PERUBAHAN.

Kepada warga kerja PERUBAHAN yang pernah berurusan secara langsung dengan saya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama yang amat baik di sepanjang perkhidmatan saya. Saya, bukan sahaja menjadi penasihat kepada kalian, malah saya juga belajar banyak perkara, di kala bekerja dengan kalian. Pengalaman itu sangatlah saya hargai, dan akan saya abadikan di dalam memori.

Terima kasih kepada semua, yang telah pernah menyemarakkan segala aktiviti PERUBAHAN. Moga kita sama2 telah dapat memantapkan kemahiran insaniah (soft skill) kita dengan aktiviti2 PERUBAHAN ini.

Kepada yang masih ada hutang, sila jelaskan bayaran terus kepada Cik Nur'Ain binti Ismail.

Semoga PERUBAHAN terus unggul, dan maju jaya.


Sekian terima kasih.

CIK TEH ZAHARIAH BINTI NASARUDDIN
Penasihat Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak
Jan 2006 - Dis 2009

13 comments:

optimus prime December 31, 2009 at 10:36 PM  

Salam cik. Tahniah sb brjy mengundur diri akhirnya. Tinggalkan je bdk2 tu cik. Diorang tak taw nak jaga cik. So tak pyh la nak jaga diorang lg. T sy blk ipoh, sy singgah jenguk cik ye. Skrg mesti da ada masa utk dijenguk, kan. Miss u cik....

malimkundang December 31, 2009 at 11:33 PM  

sy selalu harap cik akn stop jd penasihat bila saya dah tmt pt06. rupanya harapan sy x kesampaian. tp xpe. di ati sy, cik je penasihat sy

ming ming the wonderpet January 1, 2010 at 12:21 AM  

tenQ cikteh. luv u always

amalia.. January 1, 2010 at 12:38 AM  

terima kasih kepada cik teh jugak di atas tunjuk ajar yang cik teh berikan kepada amalia selama ini....=)
kenangan handle dinner xkan dilupakan...byk pengalaman dapat...thanks cik teh...=)

mangkuk cik teh yg plg byk retak - anak ahmad January 2, 2010 at 12:13 AM  

sepjg aku kat perak, cik teh la penasihat PERUBAHAN aku. aku leh handle mcm2 bende bila cik teh ada. walo pun slalu kena marah dgn cik teh, tp last2 dia jugak yg support aku. cik teh penasihat persatuan yg best. mcm cik teh selalu cakap, keje dia polish permata bg berkilau. dan aku rasa, masa aku grad dulu, aku mmg berkilau gemerlapan. sebab cik teh dah polish aku dgn paling baik. dia sentiasa ada bila aku memerlukan dia. terima kasih byk2 cik teh. budi cik tak terbalas dek saya. jasa cik tak cukup sekadar dikenang dek saya. sy yg sgt bertuah lagi beruntung....sebab pernah dpt bekerja di bwh nasihat cik teh selama di perak. salute....!!!

PUB - KP AP114 January 3, 2010 at 10:25 AM  

PUB mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Teh diatas usaha dan komitmen yang ikhlas, jujur dan sangat tinggi dalam menerajui Penasihat PERUBAHAN selama ini. Semoga jasa dan pengorbanan Cik Teh diberkati Allah SWT. Wassallam.

rosy January 3, 2010 at 10:28 PM  

x prnh keje direct dgn cik teh. tp sgt dikagumi oleh ramai, termasuk sy. wished had the chance to work with cik teh. luv u always cik. c u around k

Syem January 4, 2010 at 5:08 PM  

caya la cik shidy..kagum sy ngn cik syhidy...ang kena blanja aku mkan ni...

wonderpet ieypu January 20, 2010 at 3:02 PM  

salam cikteh....
walaupn syer xsempat brda dbawah pmpinan cikteh sya cba yg terbaik bg mnjadikan persatuan ukur bahn persatuan yg terbaik!!!!!! insyaallah....
wassalam

ieypu January 20, 2010 at 3:31 PM  

hidup CIK TEH!!!!!!!!

naim January 21, 2010 at 10:47 PM  

cik teh.... sy btol2 berharap dpt jmpa cik semalam kat dsi tyme bagm. tp hampa.....di mana kah cik? rindu bebenor rasanya...

Wonderpet January 22, 2010 at 5:44 PM  

cik teh ade kelas tusyen malam tu

Babe.. February 9, 2010 at 2:54 PM  

salam..cik Teh...
rindu bangat sama cik Teh..
sy baru nk tuntut ilmu kebal dr cik Teh..tpi apa kan daye..sob2..miss u sgt2..

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP