Monday, September 28, 2009

QS SPORTS (Sukan Mentor Mentee) - 02/10/2009

I am looking forward foR this event and I hope all of warga PRUBHN do too. Here are some photos (mentor n menteeS) taken from the last sem's Sukan Mentor Mentee.




























Have a nice n fun time tommorow

Friday, September 25, 2009

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS

Aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi sokmo
Cuti raya dah nak abeh da bagi Syawal tahun ini. Selamat kembali pulang ke kampus. Moga kembalinya nanti dalam keadaan sihat sejahtera, tanpa membawa virus2 H1N1, ILI, URTI, dan gelombang kedua H1N1. Juga jgn bawak bersama nyamuk2 dan virus2 bawaan nyamuk aedes, chikungunya etc ke kampus tercinta kita ini.
Semoga juga semangat kita telah 'recharge' utk terus berjuang dalam akademik, dan juga dalam memperkasakan kemahiran insaniah (soft skill) dalam aktiviti PERUBAHAN.
Aktiviti terdekat kita peh ni adalah QS Sports, bermula Jumaat 02/10/2009 ini, dengan Sukan Mentor Mentee. Harap dapat menggunakan sepenuhnya masa ini utk merapatkan ukhuwah dgn mentor (penasihat akademik) masing2. Jangan ponteng2. Susah senang, mentor2 u ol ni jugak yg akan menolong. Maka, kenali mentor anda.
Have fun.....

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua bdk2 QS dari part 01 hingga la ke part 06 dan juga termasuk part 7-11.

Kepada yg pulang ke kampung halaman, menggunakan kenderaan awam, berhati2lah di dalam perjalanan. Berwaspadalah terhadap penyeluk saku, peragut, dan penyangak yg seangkatan. Kepada yg pulang dgn membawa kenderaan sendiri, berwaspadalah terhadap ditto, do, serta extra over berhati2lah juga di jalan raya. Pastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik, pandu dgn cermat, letih kalu rehat. Walau apa pun pengangkutan, jangan lupa berdoa byk2 agar semuanya selamat.

Semasa cuti berhari raya, berhari raya lah dgn seadanya, sebagai seorang mahasiswa / mahasiswi yg berketrampilan. Jaga diri elok2. Jangan main mercun yang telah diharamkan, dan juga jangan main mercun yang belum diharamkan. Jangan cipta meriam buluh, meriam karbaid, atau apa2 bahan letupan yg lain. Please come back to campus on time, in one piece, with every part of your anatomy still intact to where it should be.

Have a very nice festivities. Take care. And....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN

Friday, September 11, 2009

Majlis Berbuka Puasa - terpaksa dibatalkan

Aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi sekelian

Dukacita dimaklumkan bahawa program Majlis Berbuka Puasa di Rumah Orang Tua-tua Seri Kenangan, Tanjung Rambutan, Perak, terpaksa dibatalkan atas arahan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak, dan Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri Perak, atas sebab-sebab pendemik H1N1. Arahan-arahan ini menyeluruh terhadap seluruh rumah orang tua-tua dan rumah anak-anak yatim di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak.

Maka, kita pun terpaksa membatalkan program ini, dan Insyaallah, kalo ada rezeki kita akan cuba buat di tahun hadapan pulak.

PERUBAHAN amat berterima kasih kepada Aiman (Ketua Biro Kebajikan) dan rakan2 yang telah bersusah payah menguruskan perkara ini dgn penuh dedikasi. Moga proses yg telah dilalui merupakan satu pengalaman yg akan dapat membantu di dalam pembentukan peribadi dan kerjaya kalian di masa akan datang.

Wednesday, September 9, 2009

Jom p 'Event Management Workshop' malam ni - 09/09/09

Kepada warga PRUBHN yg berminat untuk mencari ilmu dan maklumat tentang event management, atau pengurusan majlis....jom le join...percuma je

"Event Management Workshop" - malam ni (090909) di DSI jam 8.30 malam.

Program ni sangat sesuai utk mereka yang jahil tentang bagaimana hendak menguruskan sesuatu majlis, dan berhasrat untuk menghilangkan kejahilan itu.

Menguruskan majlis bukanlah perkara enteng. kalo tak caya, tanya mereka yang dah pernah melaluinya seperti Syawal, John dan rakan2 (QS Dinner last sem), Botak, Fifi, Syaman, dan rakan2 , Mapley, Din, Pa'an, dan rakan2, Reza, Pojad, Acap, dan rakan2(QS Dinner n QS Sports)

Maka, ambil la peluang ini utk menambahkan ilmu kemahiran insaniah (soft skill) ini. Kalo satu hari nanti, da maleh nak jadi QS da, atau rasa tak larat nak pi site tgh panas buat site measurement da, maka ada la ilmu nak buat bende lain untuk mencari rezeki mcm Mahathir Lokman, Aznil Hj Nawawi,dan ramai lagi graduan professional yg lain.
Kepada yg diisytiharkan wajib itu (spt di dalam flyers), sila jgn ponteng ya.



Friday, September 4, 2009

ALL THE BEST FOR mereka yg berentap utk QS TenPin Bowling Challenge esok

QS TenPin Bowling Challenge kini datang lagi. Bowling kali ni cabaran terbesarnya adalah ianya dibuat di bulan puasa. Tidak seperti sebelum2 ini, semua pemain dijamu makan, minum sebagai pembekal dan pemulih tenaga utk melerek bola. Kali ini, semua akan bermain dalam keadaan berpuasa - low energy level......

Tapi saya yakin...bdk2 QS hebat2 belaka. Kalo setakat main bowling dlm keadaan berpuasa, tak de masalah nye la. Sebab kita nak jadi QS ni, nanti perkara biasa je pi site sepanjang hari dalam bulan puasa, dalam keadaan berpuasa. Kira mcm training la ni. Allah.....lagipun, bukannya panas lit lit pun kat Ampang Bowl tu. Ada air-cond maaa....

Diperkhabarkan kepada saya, ada 18 team akan berentap kali ini. Daripada part 01 hingga part 06. Belum lagi ada wakil part 05 nak join hingga ke saat ni. Bermakna, akan ada Insyaallah 90 warga PRUBHAN dgn tshirt PRUBHN kat Ampang Bowl tu esok. (players tak pakai tshirt PRUBHN = disqualified ...!!!)

Good luck to all teams. Bermain la dgn penuh semangat kesukanan. jgn gado2. Dan jgn lebih2 sampai terbatal pose lak.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua yg sudi menyemarakkan aktiviti PERUBAHAN ini.

Siapa lagi yg akan menyemarakkan PERUBAHAN kita, kalau bukan kita sendiri





gambor2 QS TenPin Bowling Challenge tahun lepas....buat pembakar semangat



































  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP