MESYUARAT POST MORTEM DIS 09 - APR 10
Tujuan mesyuarat post-mortem dilakukan adalah untuk mengenalpasti, mencari, mengeluarkan, mengorek atau melihat kepada dua perkara yang penting iaitu:
1. Mengenalpasti perkara yang baik supaya menjadi panduan kepada AJK yang seterusnya untuk menganjurkan program yang sama atau sama sepertinya.
2. Mengenalpasti masalah yang timbul jadi perancangan program, proses, komunikasi dapat ditingkatkan pada program akan datang supaya masalah dalam penganjuran program dapat dikurangkan.
Mesyuarat post-mortem selalu memberi cabaran kepada organisasi dalam mengendalikannya agar tiada kesan negatif kepada persatuan dan moral seorang insan.
Mesyuarat post-mortem perlu diadakan walaupun terdapat unsur-unsur yang JAHAT tetapi PENTING untuk pengalaman dan KAISZEN (penambahbaikan) yang positif untuk organisasi dan individu yang telibat.
MESYUARAT POST MORTEM PERUBAHAN UiTM PERAK akan diadakan pada 13 APRIL 2010 di AP329, AP328 dan AP327 jam 8.15 malam.
Sila datang awal sebab kita ada 15 aktiviti untuk dibedah siasat.
Dijemput semua EXCO, BIRO, WAKIL PART, 'Project Manager' dan AJK yang menganjurkan semua aktiviti PERUBAHAN hadir.
Kepada pelajar semester 1, sila hantar wakil seramai 5 orang bagi setiap kelas WAJIB (mengikut kelas measurement)
Kepada pelajar PART 6 dan mantan EXCO dan Biro yang tidak sibuk....jemputlah sama untuk memberi pandangan dan nasihat kepada adik-adik junior dalam penganjuran majlis.
16 comments:
hm...
postmortem.
moga postmertem kali ini dihadiri oleh orang2 yang BERADAB, bukan biadap.
jika ada niat yang JAHAT!!!!!!!!!!!!!
tak payahlah datang, buat dosa je.
maaf yer, saya 100 % tidak bersetuju dgn statement ini..
"""Mesyuarat post-mortem perlu diadakan walaupun terdapat unsur-unsur yang JAHAT tetapi PENTING untuk pengalaman dan KAISZEN (penambahbaikan) yang positif untuk organisasi dan individu yang telibat."""
janganlah jadikan ia sebab tiket halal untuk mengkhizir buta menengking rakan, mahupun junior.
walau dirimu menganggap dirimu besar, tetapi, hakikatnya......
PERUABAHAN!!!!.
jgn teruskan tradisi postmortem yang tidak bertauliah dan hasilnya sedikit sangat jika nak dibandingkan dengan kesakitan hati.
dan boleh menjadikan pergaduhan yang besar.
penasihat harus bersikap POSITIV dan beretika ketika mengendalikannya, dan tidak mengapi2kan untuk menyemarakkan keadaan, ini bukan PERUBAHAN yang kita hendak.
thx, kerana baca,
smoga dpat sampai mesej yang cuba disampaikn.
jika ada kesilapan , silalah komen dibwah.
sebab 2 ADIK QS perlu hadir dan alami sendiri mesyuarat POST MORTEM dari awal sampai abis...
jangan dengar pada permukaannya..n cuba dalami..
mana3 mesyuarat POST MORTEM akan ada unsur-unsur JAHAT ini kerana ada manusia yg tidak puas hati...jadi mereka perlu dtg utk menyatakan ketidakpuas hatian itu..dan jawapan perlu ada....inilah cabaran kepada organisasi...tetapi MESYUARAT POST MORTEM masih perlu diadakan...untuk tujuan penambahbaikan...
biasalah...mana ada benda yg baik diperkatakan...ada juga AJK mendapat pujian...tetapi benda yg buruk selalu keluar lebih banyak dr benda yg baik...
POST MORTEM ini telah byk menimbulkan salah faham kerana bukan semua yg hadiri mesyuarat ini...dan benda yg jahat yg diingati n bukan benda yg baik... seperti kain putih yg ada 1 titik hitam...
terima kasih atas kerana ambil berat akan hal ini....
ADIK QS jgn lupa datang yea ;)
syg cik ain..syg PERUBAHAN..
Dear adik QS
POST-MORTEM yang dihadiri oleh orang2 yang beradap (bukan biadap), yang mengeluarkan bahasa2 intelek lagi berhemah, serta pandangan2 professional adalah post-mortem bagi bedah siasat mayat sahaja.
Jika adik QS direzekikan oleh Allah SWT menjadi QS, atau sekurang-kurangnya merasa nikmat pergi praktikal selama 6 bulan di dalam industri binaan, adik QS akan sedar bahawa tradisi post-mortem tidak bertauliah ini membentuk satu ketahanan imunisasi psikologi kepada diri.
Hasil tradisi post-mortem ini sangat lah banyak, kepada orang yang berminda terbuka, tidak ego dan mampu menerima kritikan atau mendengar kritikan dalam keadaan ada sekali pun.
Hanya orang yang berfikiran jumud, merasakan dirinya sentiasa benar, merasakan dirinya sentiasa terbaik di kalangan khalayak, mereka ini tidak akan dapat menerima segala perkara yang berlaku di dalam tradisi post-mortem ini.
Adik QS mungkin patut mengikuti tradisi post-mortem ini selama 6 kali berturut2, sebelum boleh menyuarakan pendapat yang dangkal lagi kontang itu.
Tiada manusia yang suka ditengking. Tapi kalo ditengking dalam julat masa yang dibenarkan, dalam keadaan yang terkawal, dengan elemen2 yang dibenarkan dibawah Akta 173 dan Akta 174, bukankah itu lebih baik daripada ditengking sentiasa, sepanjang masa?
Tak perlu MENGARAHKAN penasihat2 bersikap positif dan beretika. Mereka lebih maklum.
Adik QS yang perlu membuka setiap lapisan minda, mengendurkan emosi, merendahkan diri, membuang prasangka, menghapuskan amarah, berhenti bersikap negatif dalam segala hal, dan yang paling penting beretika di dalam berkata2 atau menulis kata2.
cikteh..saye ni xlayak nak pegi postmotem,so,nak taw ape komen cikteh pasal dinner kali ni.,.,pliz jawabbbbbbbbbbbbbbbbbb
dear mentee cik teh
datang jumpa saya. saya groom awak sampai layak. bukan setakat layak pergi ke post mortem ni. tapi layak komen ttg semua aktiviti (bukan dinner sahaja)
hye perubahn club, hye semua..
postmortem.?
macam best je...
NIAT JAHAT dibenarkan.??
hm,, macam mana nak jadi macam tn hj.
tn hj bg ke jahat2 ni?
post mortem ye... hurmm.. itu mmg suatu tradisi.. bg memantapkn diri dlm mengurus event.. tp sy sebgai exco sy harap post mortem ini akan lebih berhemah dan lebih beradap mungkin.. sbb sy bgtau camni adalah dari pengalaman sy yg sebelum ini.. setelah ap kami usaha kn.. kami cume dapat maki hamun.. kami xmahu lg dipanggil 'anjing'.. kami juga ad perasaan.. sy boleh hadiri post mortem ini jika permintaan sy td ditunaikan..
Ko usaha dapat anjing?
Dulu aku part 1 masuk je post mortem dah dapat benda lagi haram.
X organise pape pun lagi
Tiap2 sem cikteh kene menjawab pasal post mortem.
Korang ni x paham ke. ingat qs nie keje cam doktor? byk lagi bende seumpama post mortem yang kita PERLU tempuhi. Paham?
pe2 hal kte p la mlm kang k pak panda..mlm ni aku nak bsuh part 2 ckup2..mknan dinner pling x best dlm sej mlaysia..mkn kat dm lg best..hahha
posmtem........ade baik n bruknye.... korg da bsar...pkirla sndri syg...
jika anda telah hadir ke psmtem dgn niat utk nk huru-harakan kjlis tersebut,
dan melemparkan kmarahan yg membabi-buta tanpa ideologi yg bernas....
makkkkaaaa...
terselahlah smkin byk kmarahan anda,,,
ia smkin jelas kelemahan anda untuk kengawal situasiiii...
kenali diri anda dahulu...
huhu
Salam,
btul ckp mat ribut uh..maap lah klo kawn ini menyampuk..
tp kawn nk bersuara tentang masalah ini
perlu kew stiap postmortem kena ada manusia yg bersikap jahiliah
x bleh kew berbincang atau berkata3 dgn nada yg lembut.,
bkn ada kes bunuh keluarga korunk dalm prubhan
kita melayu sje
perlu ke bgtu
klo kaum len mereka bersokong satu sama laen..
ini tidak..
masing3 nk tnjuk semngt kejahilihan masing3
perlu kew?
x puas ati sbb pe3 jgn men sebat jewk
maap lah kawn berkata bgni,.
mngkin kawan x layk berkata3
berharap postmortem akn dtang berubah dari postmortem jahiliah kepada postmortem sbnr
itu lahh erti perubahan kn3
ehmmmm.... mjlis tuh mmng best n hangat...... tp aku xsuke part 6 yang terlalu over menyampah giler aku tengok..... (sampai keluar perkataan "lancau" tu apercer.... nak maki pom agak2 la.. macam la korang mase arrange dinner dulu xdew wat silam... kite manusia xleh lari daripada wat kesilapan....kita hidup seperti roda kadang2 diatas n kadang2 dibawah..
aku x kate yg diri aku bagus tp korang renung2kan lah....
pasal beg pom nak gaduh...
adoiiiii.....
TERUK ar.....
postmortem semalam....
ehmmm memang best giler riuh dewan jadinya...
part 1 kau2 kene semalam.....hhahahahaha
adoi aku tgah pening klu aku arrange dinner sem depan fuhhhhh tahan telingan jer (kate cik teh)
orait....orait....orait...
KAN MASA POST MORTEM SAYA DAH PESAN SUPAYA TIDAK DI BAWA KELUAR!!!!
HABIS... HABIS LAH....NAPE LAK NK KELUAR ISU INI....
BUKAN SEMUA ORG DAH MINTA MAAF ???
NAMPAK SGT TIADA KEIKHLASAN
Kalau masih ada lagi yang cakap pasal POST MORTEM...piki sendiri lah...
awk yg tak mahu terima hakikat dan memaafkan org...satu hari jgn salahkan org lain!!!!!
Post a Comment