Tuesday, March 23, 2010

QS FAMILY DAY






Sedang kita semua ahli PERUBAHAN tengah bersukaria di Padang sempena QS Family Day.


Ada pelajar yang sengaja tidak hadir ke hari tersebut

Thursday, March 18, 2010

TEMA PAKAIAN PERUBAHAN DINNER


















DI ATAS BEBERAPA CONTOH SMART CASUAL YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN PEMAKAIAN SEMASA DINNER NANTI.

SISWA DAN SISWI BOLEH PAKAI 'SMART CASUAL'.


SISWI PULA YANG BERMINAT BOLEH PAKAI 'DRESS' TETAPI MENUTUPI AURAT.

TIDAK BOLEH PAKAI 'JEANS' , T-SHIRT ROUND NECK.


SELAMAT MENCARI BAJU ;)




Tuesday, March 16, 2010

PERUBAHAN DINNER


Semua ahli PERUBAHAN UiTM Perak dijemput hadir ke PERUBAHAN DINNER yang akan diadakan seperti yang tertera dalam 'flyer' di atas.
Tema semester ini menjadi isu hangat dalam chat box yang mana ada pelajar menyatakan tema dinner kali ini berbaur lucah.

"Rendezous adalah daripada bahasa Perancis yang bermaksud satu tempat berkumpul atau bertemu atau perjumpaan di suatu tempat dan masa'

Euphoria pula bermaksud perasaan yang gembira"

Seperti kebiasaan DINNER adalah satu aktiviti yang menggumpulkan semua ahli persatuan dan bergembira dengan makanan yang disediakan, persembahan, cenderahati dan memakai pakaian yang baru dan cantik.

Persoalan sekarang tentang tempat dan bayaran.

TEMPAT telah diundi oleh majoriti ahli persatuan semasa Mesyuarat Agong Dwi Tahunan pada 20 Januari lepas.

BAYARAN adalah sebanyak RM40.00 adalah berpatutan kerana semester ini Padang Kawad akan berubah pandangan dengan khemah yang cantik, ada air cooler, lampu highbay, dan pentas yang tinggi dan cantik.

MAKANAN sangat banyak. Tema makanan adalah WESTERN FOOD. Ada kambing, ayam, udang, sotong, sup, salad, pencuci mulut dan nasi.

Kelas yang bayar awal akan mendapat tempat dekat dengan pentas.

QS SHORT FILM

Moh ler kita berkarya ramai-ramai


'QS SHORT FILM' diwujudkan bagi mencungkil bakat warga PERUBAHAN dalam bidang multimedia. PERUBAHAN percaya ramai di luar sana sangat mahit dalam bidang ini.


Selain itu, pertandingan ini dapat mengerakkan otak kanan supaya warga PERUBAHAN lebih kreatif dan inovatif supaya hidup lebih seimbang.


Berikut ada sedikit fakta berkaitan dengan fungsi otak:






Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh dua orang penyelidik neurosains, Prof. Roger Sperry dan Prof. Robert Ornstein, otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang agak berbeza.

Otak kanan berfungsi dalam hal-hal yang masih belum konkrit, masih kabur-kabur. Tergolong dalam medan fungsi otak kanan ialah dalam aspek bentuk dan pola, manipulasi ruang, ritma dan apresiasi muzik, imej dan gambaran, imaginasi, khayalan, rentak lagu dan sebagainya. Oleh itu otak kanan digelar otak seni.

Sementara fungsi otak kiri pula dikaitkan dengan hal-hal yang sudah konkrit, sudah ada bentuk dan ini termasuklah dalam aspek-aspek bahasa, formula matematik, logik (mantik, taakulan), nombor, sekwens, lineariti, analisis, senikata lagu dan sebagainya. Otak kiri digelar otak sains.

SYARAT SYARAT 'QS SHORT FILM'

Tarikh Tamat Penyertaan = 22 Mac 2010

Penyertaan = Individu @ Kumpulan (tidak lebih 5 orang)

Jangka Masa = 5 minit

Tema = PERUBAHAN?

Format = AVI, MPG, MPEG atau WMV

Tidak mengandungi unsur-unsur sensitif contoh seperti politik, agama, perkauman dan setaraf dengannya.

Exco-exco PERUBAHAN tidak dibenarkan menyertai pertandingan ini.

Setiap part WAJIB hantar 1 wakil.

Penyertaan akan ditayangkan pada 'Closing Ceremony QS CULTURE WEEKEND'

Penyertaan boleh melalui

FAHMI 0133266028

WAWAN 0135810519

CEPAT HADIAH SANGAT MENARIK :

PERTAMA = RM120.00

KEDUA = RM80.00

KETIGA = RM50.00

Monday, March 15, 2010

QS CULTURE WEEKEND

Budak PERUBAHAN sangat riang,
Suka 'join' aktiviti yang dianjurkan,
'QS CULTURE WEEKEND' akan datang,
Sama-samalah kita meriahkan.

Satu lagi aktiviti baru yang akan mewarnai kalendar 2010 iaitu QS CULTURE WEEKEND.

Aktiviti ini akan berlangsung pada 26 hingga 28 Mac 2010 seperti berikut:

26 Mac 2010 + Pertandingan Dikir Barat (LELAKI) + Foyer FSPU ANNEX 1 + 8.00 - 11.00 malam
& Pertandingan Tarian Zapin (PEREMPUAN) + Dewan Cempaka Sari + 8.00 - 11.00 malam


27 Mac 2010
+ Pertandingan Galah Panjang (LELAKI) + Padang D, UiTM + 8.00 pagi - 1.00 petang
& Pertandingan Batu Seremban (PEREMPUAN) + Lala Land + 8.00 pagi -1.00 petang


28 Mac 2010
+ Pertandingan Memasak Secara Traditional + Padang Kawad, UiTM + 8.00 pagi - 1.00 petang


31 Mac 2010
+ Closing Ceremony QS CULTURE WEEKEND + Foyer FSPU + 8.00 - 11.00 malam

Berminat ????

Sila hubungi ALIFF FARHAN 0134128551
ATHIRAH 0142466244
BIG BOSS QS CULTURE WEEKEND
BOS KECIK tanya mereka ini :)



Saturday, March 6, 2010

QS BAKTI BERSAMA WARGA EMAS


kepada semua warga perubahan yang mahu memberi sumbangan dalam bentuk bahan bacaan dan sumber ilmiah yang sesuai dialu-alukan untuk menderma....boleh hubungi kepada mereka yang tentera diatas.... terima kasih

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP