Sunday, November 29, 2009

Apa yang anda harapkan drpd penasihat persatuan anda?

Assalamualaikum

Aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi sekelian.

Tak lama lagi, result exam akan diumumkan. Pehtu, semester baru akan bermula. Maka kepada yg akan kembali untuk terus berjuang ke UiTM Perak nanti, get ready and be prepared for improvement, and excellence.

Sebelum semester bermula, dan aktiviti PERUBAHAN bergerak laju mcm biasa, meh kita buat kaji selidik sikit. Tentang perspektif dan harapan pelajar QS terhadap penasihat2 PERUBAHAN.

"Apa yg anda harapkan drpd penasihat2 anda?"

Adakah anda harapkan penasihat2 PERUBAHAN semester akan datang, akan

  1. memberi nasihat dgn ikhlas, tanpa ada 'udang di sebalik batu'
  2. berperibadi mulia - lemah lembut, jujur, tutur kata tanpa carut, tingkah laku baik, dll
  3. menjaga kehormatan diri - tidak buat sesuatu di luar batasan agama dan undang2
  4. memberi nasihat dgn ilmu, kreatif lagi inovatif
  5. memberi nasihat dgn sifat kasih sayang



Rujukan :
i. Abdullah Ishak. (1989). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. Selangor: Ar-Rahmaniah. Hlm. 122-123.
ii. Abdullah Ishak. (1989). Sejarah Perkembangan Pelajaran dan Pendidikan Islam. Selangor: Ar-Rahmaniah. Hlm. 128.
iii. Ulwan Abdullah Nasih. (1981). Tarbiyatul Awlad Fi Islam. Juzuk 1. Darul Salam dalam Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti. Hlm 126-127.
iv. Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti. Nota 3 hlm 126
v. Yaakub Isa. (1994). Guru dan Pengajaran yang efektif dalam Ahmad Mohd Salleh. (2004). Pendidikan Islam. Selangor: Fajar Bakti. Hlm 126-127




atau.... anda harapkan penasihat2 PERUBAHAN semester akan datang, akan......

(??? berikan komen, harapan dan aspirasi anda)




"Apa yg anda harapkan drpd penasihat2 anda?"

Friday, November 27, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum aduhai warga PERUBAHAN UiTM Perak


Selamat bercuti, dan Selamat Hari Raya Aidil Adha.

Kepada yg berqorban, atau keluarganya ada melakukan qorban, Alhamdulilah.... hayatilah ibadah nan satu ini.

Kepada yg menyumbang tenaga dlm proses menyembelih, melapah, mengagih, memasak, dan sebagainya, Alhamdulillah....bersyukurlah kerana berpeluang menyumbang tenaga muda dan sihat itu

Kepada yg tak de buat apa2 pun, dan menganggap ini adalah just another holiday, setidak2nya tengok la TV9 atau program2 tv yg berkaitan dgn ibadah haji dan qorban ini. Jangan sia2 kan kesempatan ini.

Kepada mangsa2 banjir..... bersabar... dan berqorbanlah demi Tuhan yg menjadikan segala sesuatu.


Terima kasih.

Monday, November 9, 2009

Buletin QaiSzen Edisi ke 5

Assalamualaikum warga PERUBAHAN sekelian



















Sukacita dimaklumkan bahawa Buletin QaiSzen edisi ke 5 telahpun siap dicetak.

Part 06 boleh ambilnya daripada Cik Teh, mulai esok.

Lain2 part, insan2 yang dah bayar yuran ahli PERUBAHAN sahaja, sila ambil daripada Cik Nur'Ain (mulai lusa)

Sebarang komen boleh majukan ke blog ini, atau emel kepada

perubahan_uitmperak@hotmail.com


Bagi pihak warga kerja QaiSzen, saya memohon maaf kerana lewat mengedarkan buletin ini

Terima kasih

Thursday, November 5, 2009

BRAINSTORMING - nak buat apa sem depan (Dis 2009 - Mei 2010)

Assalamualaikum warga PRUBHN sekelian

Jom kita buat brainstorming atau sumbang minda.... atau tolong pikiaq n bagi idea..... next sem PRUBHN nak buat aktiviti apa?

Bagi idea.... kalo rajin atau kalo boleh, bagi costing sekali

Pehtu penasihat2 akan pertimbangkan, utk dimajukan kepada dan utk kelulusan HEP

Antara idea yg da ada :

  1. QS Sports - bukan lagi interpart (antara part) tapi antara rumah sukan atau rumah mentor
  2. explorace
  3. teater
  4. tarian singa
  5. lawatan sambil belajar ke firma konsultan QS
  6. ceramah kerohanian
  7. seharian bersama warga emas (ganti program buka puasa yg tak jadi tu)
  8. ?
  9. ?
  10. ?
  11. QS DINNER - kat mana..??



Aktifkan diri bersama PRUBHN

Friday, October 23, 2009

TAMAT SUDAH AKTIVITI SEM JUL - NOV 2009

ASSALAMUALAIKUM warga Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak yang dikasihi sekelian

Dengan selesainya Mesyuarat Post-Mortem malam semalam, maka tamatlah sudah semua aktiviti PERUBAHAN untuk semester ini. Diharap semua yang terlibat dapat menimba pengalaman dan ilmu di dalam hal-hal kemahiran insaniah (soft skill), sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, seperti yang berikut :

1. Critical Thinking and Problem Solving Skills
2. Communication Skills
3. Ethics and Professionalisms
4. Group Working Skills
5. Life Long Learning and Information Management
6. Entrepreneurship skills
7. Leadership skills


Pembelajaran ilmu kemahiran insaniah (soft skill) adalah bersandarkan dua pendekatan : DOs and DONTs.

DOs : kita alami dan lihat sesuatu yang elok, kita patut contohi, belajar dan praktik apa yang patut kita buat

DONTs : kita alami dan lihat sesuatu yang tidak elok di mata, di hati dan bercanggahan dengan prinsip asas agama, sivik dan akhlak, kita patut belajar apa yang tidak patut kita buat

Apakah pentingnya ilmu kemahiran insaniah (soft skill)? Ilmu ini yang membina 'attitude'. Dan 'attitude' inilah yang membina kita, dan cara kita bekerja di dunia kerjaya nanti.

Saya berharap apa yang telah kita sama-sama lalui semester ini (dan semester2 sebelum ini) memberi pengajaran kepada semua, terlebihnya kepada diri saya sendiri. Yang baik jadikanlah teladan, yang tidak jadikanlah sempadan.

Saya dengan ini memohon ampun maaf daripada semua warga PRUBHN atas segala kekurangan, kepincangan, keterlanjuran dan gangguan emosi yang tehasil daripada tindakan saya selama ini. Saya halalkan segala ilmu yang telah saya curahkan kepada semua warga PERUBAHAN. Setiap yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. Manakala yang tidak itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Semoga PERUBAHAN akan terus aktif di persada gugusan persatuan2 dalaman UiTM Perak.

CIK TEH ZAHARIAH NASARUDDIN
Penasihat
Persatuan Ukur Bahan
(2006 - 2009)

Saturday, October 10, 2009

Aktiviti PRUBHN - luahkan perasaan anda

Aduhai warga PRUBHN yg dikasihi sekelian

Aktiviti2 kita telah hampir tamat utk semester ini. Kita akan buat mesyuarat post mortem dalam jangkamasa terdekat ini. Sebelum tibanya hari post mortem, sila luahkan perasaan anda tentang semua aktiviti2 kita di sini. QS Induction Week, QS Dikir Barat, QS Sports, QS Dinner etc etc. Semua luahan rasa ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat post mortem nanti.
Sempena Oktober ini adalah Bulan Bahasa Kita, sila luahkan perasaan anda dgn bahasa yg menunjukkan bangsa yang berhemah dan berintegriti.
Masa post mortem kang, baru kita mengganas ya

Sunday, October 4, 2009

QS Dinner - 09/10/2009











QS Dinner utk semester ini, akan dibuat di Padang Kawad. Ini adalah hasil keputusan undian lebih 2/3 majoriti ahli yang hadir ke BAGM Julai yang lalu. Bermakna 2/3 majoriti mahukan QS Dinner dibuat di dalam UiTM. Mungkin pengundi ingin beralih angin setelah bosan makan di hotel selama 3 semester berturut2 (Bukit Merah Resort, Swiss Garden Resort, Syuen Hotel). Mungkin pengundi sedang mencabar kerabat part 02 untuk mengelola QS Dinner dgn cabaran dan kekangan yg pelbagai. Apa pun kemungkinan alasan pengundi pada malam itu, ianya undian telahpun dilakukan. Dan undian 2/3 majoriti ini adalah undian yg tidak boleh dianjak2 lagi.

Masih ada yang bertanya, "wajib ke kena pergi QS Dinner?"

Sila rujuk Perkara 13 Perlembagaan Persatuan Ukur Bahan. Semua perkara yang telah dipersetujui di dalam BAGM, wajiblah dilaksanakan, dipatuhi dan dihadiri.

"Kalau tak pergi, apa jadi?". Satu soalan yang tak harus ditanya, kalau lah ianya daripada seorang budak U. Sebab, budak U faham tentang erti dan akibat engkar terhadap Perlembagaan.

Sila baca Perlembagaan Persatuan Ukur Bahan. Kalau tiada dalam simpanan, boleh beli daripada saya, dgn harga RM2.00 sahaja.

























  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP