Friday, October 23, 2009

TAMAT SUDAH AKTIVITI SEM JUL - NOV 2009

ASSALAMUALAIKUM warga Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak yang dikasihi sekelian

Dengan selesainya Mesyuarat Post-Mortem malam semalam, maka tamatlah sudah semua aktiviti PERUBAHAN untuk semester ini. Diharap semua yang terlibat dapat menimba pengalaman dan ilmu di dalam hal-hal kemahiran insaniah (soft skill), sebagaimana yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia, seperti yang berikut :

1. Critical Thinking and Problem Solving Skills
2. Communication Skills
3. Ethics and Professionalisms
4. Group Working Skills
5. Life Long Learning and Information Management
6. Entrepreneurship skills
7. Leadership skills


Pembelajaran ilmu kemahiran insaniah (soft skill) adalah bersandarkan dua pendekatan : DOs and DONTs.

DOs : kita alami dan lihat sesuatu yang elok, kita patut contohi, belajar dan praktik apa yang patut kita buat

DONTs : kita alami dan lihat sesuatu yang tidak elok di mata, di hati dan bercanggahan dengan prinsip asas agama, sivik dan akhlak, kita patut belajar apa yang tidak patut kita buat

Apakah pentingnya ilmu kemahiran insaniah (soft skill)? Ilmu ini yang membina 'attitude'. Dan 'attitude' inilah yang membina kita, dan cara kita bekerja di dunia kerjaya nanti.

Saya berharap apa yang telah kita sama-sama lalui semester ini (dan semester2 sebelum ini) memberi pengajaran kepada semua, terlebihnya kepada diri saya sendiri. Yang baik jadikanlah teladan, yang tidak jadikanlah sempadan.

Saya dengan ini memohon ampun maaf daripada semua warga PRUBHN atas segala kekurangan, kepincangan, keterlanjuran dan gangguan emosi yang tehasil daripada tindakan saya selama ini. Saya halalkan segala ilmu yang telah saya curahkan kepada semua warga PERUBAHAN. Setiap yang baik itu datang daripada Allah s.w.t. Manakala yang tidak itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Semoga PERUBAHAN akan terus aktif di persada gugusan persatuan2 dalaman UiTM Perak.

CIK TEH ZAHARIAH NASARUDDIN
Penasihat
Persatuan Ukur Bahan
(2006 - 2009)

Saturday, October 10, 2009

Aktiviti PRUBHN - luahkan perasaan anda

Aduhai warga PRUBHN yg dikasihi sekelian

Aktiviti2 kita telah hampir tamat utk semester ini. Kita akan buat mesyuarat post mortem dalam jangkamasa terdekat ini. Sebelum tibanya hari post mortem, sila luahkan perasaan anda tentang semua aktiviti2 kita di sini. QS Induction Week, QS Dikir Barat, QS Sports, QS Dinner etc etc. Semua luahan rasa ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat post mortem nanti.
Sempena Oktober ini adalah Bulan Bahasa Kita, sila luahkan perasaan anda dgn bahasa yg menunjukkan bangsa yang berhemah dan berintegriti.
Masa post mortem kang, baru kita mengganas ya

Sunday, October 4, 2009

QS Dinner - 09/10/2009











QS Dinner utk semester ini, akan dibuat di Padang Kawad. Ini adalah hasil keputusan undian lebih 2/3 majoriti ahli yang hadir ke BAGM Julai yang lalu. Bermakna 2/3 majoriti mahukan QS Dinner dibuat di dalam UiTM. Mungkin pengundi ingin beralih angin setelah bosan makan di hotel selama 3 semester berturut2 (Bukit Merah Resort, Swiss Garden Resort, Syuen Hotel). Mungkin pengundi sedang mencabar kerabat part 02 untuk mengelola QS Dinner dgn cabaran dan kekangan yg pelbagai. Apa pun kemungkinan alasan pengundi pada malam itu, ianya undian telahpun dilakukan. Dan undian 2/3 majoriti ini adalah undian yg tidak boleh dianjak2 lagi.

Masih ada yang bertanya, "wajib ke kena pergi QS Dinner?"

Sila rujuk Perkara 13 Perlembagaan Persatuan Ukur Bahan. Semua perkara yang telah dipersetujui di dalam BAGM, wajiblah dilaksanakan, dipatuhi dan dihadiri.

"Kalau tak pergi, apa jadi?". Satu soalan yang tak harus ditanya, kalau lah ianya daripada seorang budak U. Sebab, budak U faham tentang erti dan akibat engkar terhadap Perlembagaan.

Sila baca Perlembagaan Persatuan Ukur Bahan. Kalau tiada dalam simpanan, boleh beli daripada saya, dgn harga RM2.00 sahaja.

























Friday, October 2, 2009

QS SPORTS - Family day n sukan mentor mentee

Aduhai warga PRUBHN yg dikasihi sekelian

Penatnya mengeluarkan peluh di padang B hari ini, walaupun sekadar jalan2 je atau lari2 anak je. Dalam satu semester, tu la sekali peluang dapat turun padang sambil bermain2 dgn mentee sendiri, sambil guro2 dgn student yg lain. Pensyarah2 sgt sibuk hidupnya. Ini la satu2nya masa yg dapat diperuntukkan dgn semua mentee2 sekali gus. Dan saya mewakili semua pensyarah, berasa amat berbesar hati dapat beramah mesra dgn semua pelajar di padang pada setiap semester.

Namun, ada la jugak mentee2 ni yg tak begitu faham tentang ini. Sungguh kecewa (kami pensyarah2 AP114) bila ada mentee2 kami ini yg tidak turun padang utk bersama2 meluangkan masa bersantai dgn kami. Bila ditanya, jwpn yg diterima pun sungguh menyinggung perasaan, menyentap kemarahan. Tapi, sabar jua yg kami bekalkan. Allah jua yg memberi kami kekuatan. Moga Allah jua lah yg mengurniakan keadilan.

Tapi yang terlebih terlukanya kami ini, ialah bila mentee2 ini meninggalkan majlis (atas alasan apa sekali pun) sebelum majlis ini tamat dan bersurai. Sedangkan kami masih lagi berada di padang. Sungguh kurang sivik

Monday, September 28, 2009

QS SPORTS (Sukan Mentor Mentee) - 02/10/2009

I am looking forward foR this event and I hope all of warga PRUBHN do too. Here are some photos (mentor n menteeS) taken from the last sem's Sukan Mentor Mentee.




























Have a nice n fun time tommorow

Friday, September 25, 2009

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS

Aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi sokmo
Cuti raya dah nak abeh da bagi Syawal tahun ini. Selamat kembali pulang ke kampus. Moga kembalinya nanti dalam keadaan sihat sejahtera, tanpa membawa virus2 H1N1, ILI, URTI, dan gelombang kedua H1N1. Juga jgn bawak bersama nyamuk2 dan virus2 bawaan nyamuk aedes, chikungunya etc ke kampus tercinta kita ini.
Semoga juga semangat kita telah 'recharge' utk terus berjuang dalam akademik, dan juga dalam memperkasakan kemahiran insaniah (soft skill) dalam aktiviti PERUBAHAN.
Aktiviti terdekat kita peh ni adalah QS Sports, bermula Jumaat 02/10/2009 ini, dengan Sukan Mentor Mentee. Harap dapat menggunakan sepenuhnya masa ini utk merapatkan ukhuwah dgn mentor (penasihat akademik) masing2. Jangan ponteng2. Susah senang, mentor2 u ol ni jugak yg akan menolong. Maka, kenali mentor anda.
Have fun.....

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi

Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua bdk2 QS dari part 01 hingga la ke part 06 dan juga termasuk part 7-11.

Kepada yg pulang ke kampung halaman, menggunakan kenderaan awam, berhati2lah di dalam perjalanan. Berwaspadalah terhadap penyeluk saku, peragut, dan penyangak yg seangkatan. Kepada yg pulang dgn membawa kenderaan sendiri, berwaspadalah terhadap ditto, do, serta extra over berhati2lah juga di jalan raya. Pastikan kenderaan berada di dalam keadaan baik, pandu dgn cermat, letih kalu rehat. Walau apa pun pengangkutan, jangan lupa berdoa byk2 agar semuanya selamat.

Semasa cuti berhari raya, berhari raya lah dgn seadanya, sebagai seorang mahasiswa / mahasiswi yg berketrampilan. Jaga diri elok2. Jangan main mercun yang telah diharamkan, dan juga jangan main mercun yang belum diharamkan. Jangan cipta meriam buluh, meriam karbaid, atau apa2 bahan letupan yg lain. Please come back to campus on time, in one piece, with every part of your anatomy still intact to where it should be.

Have a very nice festivities. Take care. And....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
&
MAAF ZAHIR BATIN

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP