Friday, January 22, 2010

PEMILIHAN PEMAIN QSFC

Anda seperti Ronaldo???

Wayne Rooney???

Francesco Totti???

Kaka???

Pasangan kembar Aidil Zakuan & Zafuan???

Hamid Ramli???

Sia-sialah kalau setakat berangan jer....

PERUBAHAN cabar semua SISWA untuk bermain bagi QSFC...

Ramai-ramai hadirkan diri anda pada:

23 JANUARI 2010 + 8.30 PAGI + PADANG B UiTM PERAK

Ada berani???

Thursday, January 21, 2010

20 JANUARI 2010 bi-ANNUAL GRAND MEETING

Terima Kasih kepada semua ahli PERUBAHAN kerana sudi memeriahkan suasana pada mesyuarat kali ini. Kehadiran mesyuarat adalah 91.35% iaitu melebihi 2/3 majoriti dan segala keputusan adalah sah dari segi Perlembagaan Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak.

SEMALAM (20 JANUARI 2010) tercipta satu sejarah yang memberi PERUBAHAN kepada persatuan apabila Naib Presiden adalah siswi. Ini bermaksud Presiden Persatuan untuk semester hadapan adalah SISWI....(GIRL POWER). Begitu juga dengan Naib Bendahari, yang mana kita mendapat seorang 'BENDAHARA' (siswa) bak kata Cik Teh.

Bagi persatuan, ini tidak menjadi masalah kerana persatuan adalah milik semua ahli PERUBAHAN tidak mengira jantina dan semestinya juga tidak kira jantina, sama-sama membangunkan PERUBAHAN ke satu tahap yang boleh kita banggakan. (CIK TEH pun akan turut sama bangga dengan kita).

TAHNIAH kepada AJK baru dan Wakil Part yang telah dilantik semalam.

Berikut adalah AJK baru PERUBAHAN sesi Jan - Apr 2010:

Naib Presiden :
NURFARHANA BINTI SANUSI

Naib Setiausaha :
MOHAMAD TAJUDIN BIN SAIDIN

Naib Bendahari :
MAHFUZ MILZAM BIN MISRON

Wakil Part 3 :
NUR EQWANIS BINTI RADZUAN
NUR AMIRAH BINTI ABD WAHAB
SHAIFUL ANUAR BIN ABU


Wakil Part 2 :
WAN MOHD HAZWAN BIN WAN ZAKI
SITI SYAFIQAH BINTI SOLAH


Wakil Part 1 :
MUHAMMAD AZRI BIN MAJID
ASPA MAWAR BINTI BAHAROM

Saturday, January 16, 2010

Berminat untuk menjadi sebahagian daripada ahli QaiSzen??

Adakah anda salah seorang yang mempunyai bakat atau berminat menjadi, writer, reporter , designer atau photographer? =)

Taipkan ON QaiSzen (nama) (part) (bidang) ,

dan hantarkan ke :

012-405 7594 (En Syhidi) @ 0179439843 (Hakim)....


*p/s : Perjumpaan ahli-ahli QaiSzen (baru & lama) akan diadakan pada 21/01/2010 di FSPU lama tingkat 3 pada 8.30 mlm..Digalakan untuk menyertai adalah dari pelajar-pelajar part 1,2 &3.

Monday, January 11, 2010

QS INDUCTION WEEK SEMESTER JAN-APR 2010

Bagi menyahut seruan Pengarah Kampus dan meneruskan tradisi yang telah diamalkan oleh PERUBAHAN selama beberapa semester sebelum ini di bawah seliaan Cik Teh Zahariah Nasaruddin (TERIMA KASIH DARI LANGIT KE BUMI ;)) ) , semester ini tidak terkecuali bagi meneruskan program ini.

Tujuan utama program ini diadakan supaya Pelajar Semester 1 dapat mengenali dengan lebih baik ( bukannya ragging atau seangkatan dengannya ) Pelajar Semester 2, 3 4, 6 dan Pelajar AP224 Semester 2 agar mengukuhkan talian pelajar QS seterusnya bekerjasama dalam aktiviti-aktiviti PERUBAHAN dan memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (mudah pinjam nota kendian).

Selain itu, program ini diawalkan sebelum Mesyuarat Dwi-tahunan PERUBAHAN supaya mereka dapat mengenali sesama sendiri untuk perlantikan Wakil Part 1 dan seterusnya memberi undi atau mencadangkan pelajar 'senior' untuk perlantikan jawatan yang lain .

QS INDUCTION WEEK SEMESTER JAN - APR 2010 akan diselia oleh Cik Siti Nor Faizah Ab Malek (TERIMA KASIH ;)) ) dan berikut adalah yang telah disusun oleh Cik Faizah dan konco-konconya.

QS INDUCTION WEEK JANUARY 2010

1. Tarikh dan Hari : 12/1/2010 (Selasa), 13/1/2010 (Rabu), 14/1/2010 (Khamis), 15/1/2010
(Jumaat), 18/1/2010 (Isnin) dan 19/1/2010 (Selasa)

2. Perjumpaan yang dicadangkan : 12/1/2010 (Selasa) - Part 1 + Part 2 (1st group)
13/1/2010 (Rabu) - Part 1 + Part 2 (2nd group)
14/1/2010 (Khamis) - Part 1 + Part 3
15/1/2010 (Jumaat) - Part 1 + Part 4
18/1/2010 (Isnin) - Part 1 + Part 2 (AP224)
19/1/2010 (Selasa) - Part 1 + Part 6

3. Tempat pendaftaran : Foyer FSPU

4. Masa pendaftaran : 7.45 - 8.30 p.m.

5. Tempat induksi : Bilik AP316 - AP321 dan AP324 AP329

6. Pakaian : Pelajar Part 1 : Pakaian mengikut sahsiah rupa diri UiTM
Pelajar Part 2 dan 3 : T-Shirt PERUBAHAN
Pelajar Part 4, 6 dan degree : Jaket PERUBAHAN
OC dan AJK : Jaket PERUBAHAN

7. Majlis Penutup

Bagi majlis penutup akan dinyatakan kemudian.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP