Thursday, December 31, 2009

Menamatkan tugas sebagai penasihat PERUBAHAN

Assalamualaikum aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi sekelian.

Adalah dimaklumkan bahawa saya akan menamatkan tugas saya sebagai penasihat PERUBAHAN pada jam 23:59, 31 Disember 2009 hari ini. Penasihat2 yang akan mendampingi anda mulai 2010 adalah :

  1. Penasihat 1 : Cik Nur'Ain binti Ismail
  2. Penasihat 2 : Encik Mohd Hafiz bin Saberi
  3. Penasihat 3 : Cik Siti Nor Faizah binti Ab Malek
  4. Penasihat 4 : Encik Syhidi bin Azli
Setelah 4 tahun berturut-turut saya menjadi penasihat PERUBAHAN, saya kira sudah tibalah masanya saya mengudur diri (dengan izin Tuan KP). Sehubungan dengan itu, dengan rasa rendah hati saya memohon jutaan ampun dan maaf daripada semua warga PERUBAHAN, dan ex-warga PERUBAHAN, atas segala kekurangan dan kelemahan diri saya di sepanjang saya menguruskan dan mentadbir PERUBAHAN.

Kepada warga kerja PERUBAHAN yang pernah berurusan secara langsung dengan saya, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama yang amat baik di sepanjang perkhidmatan saya. Saya, bukan sahaja menjadi penasihat kepada kalian, malah saya juga belajar banyak perkara, di kala bekerja dengan kalian. Pengalaman itu sangatlah saya hargai, dan akan saya abadikan di dalam memori.

Terima kasih kepada semua, yang telah pernah menyemarakkan segala aktiviti PERUBAHAN. Moga kita sama2 telah dapat memantapkan kemahiran insaniah (soft skill) kita dengan aktiviti2 PERUBAHAN ini.

Kepada yang masih ada hutang, sila jelaskan bayaran terus kepada Cik Nur'Ain binti Ismail.

Semoga PERUBAHAN terus unggul, dan maju jaya.


Sekian terima kasih.

CIK TEH ZAHARIAH BINTI NASARUDDIN
Penasihat Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak
Jan 2006 - Dis 2009

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP