Saturday, August 29, 2009

Merdeka..!!! Merdeka...!!!

31 Ogos 1957.....


Bendera Union Jack iaitu bendera British diturunkan di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur pada tepat pukul 12 malam 31 Ogos 1957. Kemudian, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan kemerdekaan di Stadium Merdeka. Jemaah Menteri diumumkan juga pada hari pengisytiharan kemerdekaan



Dan semenjak dari hari itu rakyat Malaysia telah menyambut kemerdekaan ini setiap tahun. Bermula dgn mengingati kenangan manis kemerdekaan itu, dan lama-kelamaan setelah berpuluh tahun, ianya sebagai satu sambutan kemeriahan cuti umum sahaja.


Tiada siapa boleh dipersalahkan apabila rakyat yg ada hari ini tidak dapat menghayati erti kemerdekaan itu lagi. Jika ditanya anak2 muda, anak2 tak berapa muda, dan mak bapak kepada anak2 muda pun, masing2 punya persepsi tersendiri tentang kemerdekaan, tetapi tiada yang akan dapat benar-benar menghayati erti sambutan kemerdekaan ini.


Jika ditanya pula kepada bdk2 QS, apakah erti sambutan hari kemerdekaan yg ke 52 ini, pasti ramai yang akan menjawab, "merdeka = bebas daripada kongkongan dan halangan utk balik ke rumah pada hujung minggu". Sebelum ditahan dan dilarang untuk pulang ke rumah pada hari Jumaat yang lalu, mereka perlu bebas dan merdeka. Mereka perlu pulang dalam terang pada hari Rabu atau Khamis. Sanggup ponteng kuliah, etc. Demi untuk memerdekakan diri daripada tindakan HEP. Ponteng atas nama kemerdekaan.


"Selamatlah" kepada warga PRUBHN yg memonteng itu. Dan kepada yg tabah hati, cekal hati, berkorban untuk tidak ponteng, demi sebuah perjuangan utk kemerdekaan yg lebih bererti dgn Diploma yg berkualiti....

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Tuesday, August 25, 2009

QS TENPIN BOWLING CHALLENGE - 05/09/2009


TARIKH : 05 SEPTEMBER 2009 (SABTU)

TEMPAT : AMPANG BOWL, IPOH PARADE

TEMPAT BERKUMPUL: FOYER FSPU

MASA : 08.30 PAGI

PAKAIAN : T-SHIRT PERUBAHAN
(BAWA STOKIN SENDIRI)

BAYARAN : RM 22 SEORANG
(BAS PI BALIK, LANE BOWLING 3 GAME)


SETIAP PART BOLEH MENGHANTAR MINIMA 3 PASUKAN

SETIAP PASUKAN MEMPUNYAI 5 PEMAIN

BORANG PENYERTAAN BOLEH DIPEROLEHI DARIPADA EXCO SUKAN & REKREASI PERUBAHAN

TERHAD KEPADA 30 PASUKAN TERAWAL SAHAJA SEBELUM 31 0GOS 2009…SAPE CEPAT DIE DAPAT!!!



SUPPORTERS, SHOPPERS and MOVIE GOERS

Boleh ikut jgk. Tak perlu pakai tshirt PRUBHN, pakai pakaian yg biasa(menutup aurat). Bayar tambang bas p-balik je RM15.00


SEBARANG MASALAH HUBUNGI: -
FAHMI (4C) -0127763532
ALIN (4C) -0122920431

Friday, August 21, 2009

Selamat berpuasa


Aduhai seluruh warga PERUBAHAN yg dikasihi



Malam ni kita boleh la mula solat sunat tarawikh, dan esok, kita akan mula berpuasa. Sekali lagi kita bertemu dgn Ramadhan. Dan sekali lagi kita akan menunaikan rukun Islam ini, IsyaAllah dgn redha.



Jangan lah tinggalkan sahur. Dan jangan lupa niat puasa



Sila pastikan, waktu imsak dan iftar kita betul....
http://www.islam.gov.my/portal/pdf/puasa/09/prk/prk2.pdf


Lafaz niat dan niat berpuasa:


"Sahaja aku puasa esok hari - (kerana mengerjakan) fardhu bulan Ramadhan pada tahun ini -
kerana Allah Ta'ala"


Bila berbuka, jgn tamak, jgn gelojoh, dan jgn lupa pulak berdoa

Doa berbuka puasa:


"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau beriman aku; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"


Aduhai warga PRUBHN sekelian

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita
bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah
Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.

Warga PRUBHN yang dikasihi,

SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengajakan dengan semua warga dan bekas warga PRUBHN, semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah.

Selamat menunaikan ibadah berpuasa. jangan nakal2. jangan main mercun.

Tuesday, August 18, 2009

Our KP - Tuan Haji Sr. Rosli Hussin


Assalamualaikum w.r.t .....aduhai warga PRUBHN yang dikasihi
Saya secara peribadi (saya yakin bukan saya sahaja) sangat menghormati KP kita sebab beliau tidak pernah mengabaikan kita (PRUBHN) walau sesibuk mana pun beliau.


Sepanjang hampir 4 tahun saya menjadi penasihat PRUBHN, setelah begitu banyak saya membantu warga PRUBHN menganjurkan pelbagai aktiviti, setiap aktiviti akan dihadiri beliau melainkan sekali sahaja, iaitu salah satu acara QS TenPin Bowling pada hujung minggu (kerana kalau tak silap saya pada ketika itu, abangnya ada buat kenduri di KL).


Walau dia tidak sihat sekalipun, walau aktiviti kita 'ntah apa2 ntah' sekali pun, walau di ceruk mana pun kita buat aktiviti, dia tetap akan melapangkan masa untuk memberi sokongan yang saya yakin tiada KP lain di UiTM Perak ni telah buat.


Justeru, saya sangat rasa terkilan, ralat, dan di hujungnya terkandung perasaan marah yang kian menebal, kerana buat pertama kalinya bila kita berjaya menganjurkan Pertandingan Dikir Barat, pihak pasukan Pengurus Projek ini gagal menjemput beliau ke majlis ini.


Saya hanya dimaklumkan setelah beberapa minit saya usai solat Maghrib pada hari Ahad itu. Dan dengan penuh rasa kesal di hati, saya telah SMS kepada beliau memohon maaf kerana perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Selaku salah seorang penasihat PRUBHN, saya berasa amat bersalah kerana telah gagal memperingatkan pasukan Pengurus Projek tentang hal ini.


Saya berharap, perkara ini tidak akan berulang lagi, dan tidak perlu dan tidak harus diingatkan lagi, kerana ghalibnya pihak penganjur (pasukan Pengurus Projek) perlu bersedia untuk menjemput sekalian tetamu (KP dan semua pensyarah) bagi setiap aktiviti secara peribadi.


Bertuahnya, sebagaimana saya katakan tadi, KP kita tidak pernah mengabaikan PRUBHN. Usai solat subuh pagi tadi, beliau SMS saya, dan minta saya menyampaikan pesan kepada semua warga PRUBHN :


"Program Ukur Bahan mengucapkan Selamat Berpuasa"

Monday, August 17, 2009

TAHNIAH KPD PART 03

TAHNIAH....

kpd part 03..yg byk menggondol hadiah bagi pertandingan dikir barat malam semalam.

sapa2 ada gambor2 atau video DK semalam, sila bagi kat saya dlm bentuk CD utk arkib dan UL kat blog nih

puas hati atau tak puas hati dgn DK semalam? ....sila beri komen, sertakan nama, jgn annonymous. Just click name and fill in a name, and just ignore the URL


soalan penting :
wajar tak kita buat pertandingan dikir barat ni setiap semester, beserta piala pusingan, mcm kita buat utk QS TenPin bowling challenge?

QSFC kalah

QSFC kalah. Dua-dua kalah...... QSFC (Rimau Jambu) dan QSFC....kalah.

Sedih, tak terucap. Pilu, tak terungkap. Ruang kosong di meja ni hanya boleh letak botol air mineral 1 liter....yang kosong. Sekosong jiwa nan lara ini.

Kata adik rimau yg belum tumbuh belang, "kami bukan kalah cik, tapi tak cukup mata". Kata abg presiden, adik striker dan mangsa kecederaan QSFC, kita kalah dgn sepakan penalti. Walau apa pun....hakikatnya kita tetap kalah. Kalah..!! K.A.L.A.H.


Jom odit. Apa masalahnya? Kalah menang kan adat pertandingan.

Masalahnya, kita bukan saja kalah. Tapi kita membazir RM350.00 utk bayar yuran penyertaan tapi tak leh bwk balik apa pun, melainkan ke.K.A.L.A.H.an.

RM350.00 tu kita guna hasil jual tshirt PRUBHN. Kan bagus kalo duit tu kita guna utk tampung aktiviti Majlis Buka Puasa di Rumah Seri Kenangan Tanjung Rambutan pada 6 September nanti...?

Saturday, August 15, 2009

JOM RAMAI2 KE PERTANDINGAN DIKIR BARAT malam nanti

Aduhai warga PRUBHN yg dikasihi sangat2....

Jom kita turun kat foyer FSPU malam nanti (Ahad 16/08/2009) utk tgk pertandingan dikir barat.....dari pemuda2 QS yg sasa, kacak lagi bergaya.

Saya berhasrat nak post dalam blog ni senarai nama2 QS yg sasa, kacak lagi bergaya nih....tp urusetia masih belum emel kat saya lagi.

Bg mereka yg akan bertanding......all the best.....and have fun guyz...!!!




Friday, August 14, 2009

QSFC (Rimau Jambu) dah kalah. Jangan bior QSFC Futbal lak tumbang. Jom turun padang pagi nanti jam 8 pg...kita sokong QSFC Futbal

Dukacita lagi dukalara.....QSFC (Rimau Jambu) kalah.....

Tak tertahan sebak di dada, tak tergenang air di mata, tak tertelan nasi nan sekepal, tak terhirup kopi nan secangkir
Kepalang hiba mengenang, tiada piala dapat dijulang, tiada piala dibawa pulang, tiada piala dapat dipandang, tiada lagi gemilang.

Di sudut meja akan lapang, kekosongan di satu ruang

QSFC (Rimau Jambu) kalah belum sempat berjuang. Belang yg dulu telah hilang. Adik2 rimau tak mampu teruskan perjuangan.

Harapan biarlah QSFC Futbal membawa gemilang
Suku akhir....team B.....

Aduhai QSFC Futbal Team

Tolong la menang.....ruang di meja itu masih kosong menanti piala kejuaraan....

Warga PRUBHN....tolong la bagi sokongan...turun ramai2 ke padang.....
pakai baju merah....bwk kain merah.....tuala merah.....apa2 yg merah...(kecuali baldi dan gayung merah)

sila beri sokongan padu, jitu dan amat bersatu.......bagi semangat sama QSFC Futsal utk menang pagi nanti.....

saya iring dgn doa.....
semoga kalian menjadi juara

QaiSzen oh QaiSzen....

"sejauh pandangan saya, qaiszen=penambah jumlah hutang, sedangkan rata-rata pelajar hanya membacanya ketika tunggu makanan masa dinner saja, harap maaf jika tersilap kata n harap akan diadakan meeting"
chat box entry 14 Aug 09, 00:36 from 'warga qs prihatin'


Saya sangat menghargai pandangan ini.

Daripada edisi pertama QaiSzen (Ketua Editor - Dalia binti Zanudin), kemudian edisi kedua QaiSzen (Ketua Editor - Arif Aizuddin bin Ahmad), edisi ketiga QaiSzen (Ketua Editor - Muhd Rashid bin Mohd Iskandar Manjit) dan hinggalah ke edisi ke-empat QaiSzen (Ketua Editor - Muhammad Hazwan bin Eidan).....fenomena inilah yang seringkali berlaku.

Empat edisi buletin QaiSzen ini telah kebanyakannya hanya ditatap atau dibelek atau diselak atau dipegang atau dikipas-kipaskan semasa QS Dinner. Usai majlis, banyak QaiSzen ditinggalkan di dalam dewan majlis QS Dinner itu. Dan bdk2 QaiSzen kutip dan kumpulkan QaiSzen ini dan diserahkan kembali kepada saya untuk simpanan. Saya dan editorial board (setiap edisi) akan berasa sgt sedih dgn tindakan ini.

Namun yang demikian, bilangan naskah yang dikutip setiap selepas dinner sebenarnya adalah semakin menurun drpd edisi pertama hinggalah ke edisi ke empat. Saya melihat fenomena ini dari pandangan tiga sudut.

Pertama, kualiti QaiSzen itu sendiri. Kualiti bahan bacaan yg diterbitkan dan kualiti bahan kertas dan cetakan terbitan itu. Saya boleh meletakkan inferens yang penurunan bilangan naskah yang ditinggalkan dengan sengaja di dalam dewan dinner adalah disebabkan oleh kualiti buletin QaiSzen itu semakin bertambah baik. Buletin ini dibawa pulang, tidak lagi dibuang di dalam dewan (beranggapan baik bahawa buletin ini akan dibaca...apa jadi kemudiannya wallahualam)

Kedua, penghargaan dan keterujaan segelintir warga PRUBHN terhadap buletin ini. Terdapat segelintir pelajar yang memang menyimpan setiap edisi QaiSzen ini utk kenang-kenangan. Dan bilangan segelintir pelajar ini pula semakin bertambah, dari semester ke semester. Dan saya amat menghargai pelajar nan segelintir ini. Mereka menghargai hasil penat lelah saya dan editorial board, mereka memudahkan kerja kami dan moga Allah permudahkan urusan mereka di UiTM Perak ini, dan urusan mereka yang lainnya.

Ketiga, kesedaran warga PRUBHN terhadap tabiat membaca. Apabila warga PRUBHN boleh memberi respon terhadap satu-satu topik yang diterbitkan di dalam QaiSzen dengan baik, ini bermakna mereka telahpun membaca penulisan itu. Dan bilangan respon ini semakin bertambah bagi setiap semester. Dan saya adalah antara insan yang paling gembira apabila warga PRUBHN mula berminat untuk membaca.


Aduhai warga PRUBHN sekelian.

Objektif asal penerbitan QaiSzen adalah untuk mengarkibkan segala aktiviti PRUBHN, supaya dijadikan rujukan pada masa hadapan kepada warga PRUBHN yang baru. QaiSzen juga turut memainkan peranan sebagai 'marketing tool' untuk memasarkan perogram AP114 dan Persatuan Ukur Bahan UiTM Perak kepada masyarakat luar. Selain daripada kita edarkan QaiSzen ini kepada warga PRUBHN yang hadir bertamu semasa QS Dinner, ianya juga diedarkan kepada pelajar praktikal (dan pegawai penyelianya), alumni PRUBHN, dan juga kepada pelajar semester satu (pada awal2 semester).


Dakwaan QaiSzen = penambah jumlah hutang, adalah persamaan (equation) yang saya rasa langsung tidak masuk akal. Sebab QaiSzen masih tetap relevan terhadap objektif asalnya dan juga terhadap kelompok warga yang menghargainya. Manakala orang-orang yang berhutang (penambah jumlah hutang), menambah hutang dan melengahkan atau tidak membayar hutang adalah kerana masalah mental individu itu sendiri, yang tidak faham ajaran agama Islam tentang isu hutang dan hukum melangsaikan hutang dgn kadar segera.
Wallahualam......

Wednesday, August 12, 2009

QSFC - FUTSAL POMPUAN (siswi)

Terima kasih kepada otai2 QSFC (Rimau Jambu) - Kak Are-in, Dayah. Syuk, Amalia, etc etc... dan juga Cik Nur'Ain Ismail yang telah buat pemilihan bagi pewaris QSFC (Rimau Jambu) nih















Terima kasih jugak kat jurulatih professional daripada QSFC (siswa) - Raqib dan sorang lagi sapa ni ek? Yang turun padang sama2 melatih team pewaris Rimau ni













Berikut adalah nama2 pewaris Rimau yang terpilih utk berentap Jumaat ni
1. Nor Farain bt. Bakharah
2. Siti Hajar bt Mahmud
3 Ain Hidayah bt. Jaudin
4. Nik Nur Fatihah bt. Nik Mohd Fadzil
5 Farhah Amirah bt. Md. Zain
6 Ainnul Dzharrif Mohd. Soffi
7. Zarina Sabar
8. Izzati Bt. Abdul Aziz
9. Rahimah Bt. Abdul Razak
10. Shazana bt. Roslan
11. Siti Salimawati Bt. Salehuddin
12. Nur Melissa Shafinaz Bt. Che Azid
Teruskan berlatih.....have fun....play hard
Minggu depan saya nak tgk Piala Pusingan Timbalan Pengarah Kampus HEA dan Piala Juara Futsal (Siswi) ada atas meja saya.
QSFC (siswa)..... bila nak gendong piala?

Tuesday, August 11, 2009

Part 03 ponteng induksi

Telah dimaklumkan kepada saya, bahawa ada lah beberapa insan part 03 yg ponteng induksi. Satu kes sebagai contoh : siswi part 03 - bila kita telefon tanya kenapa belum dtg lagi induksi ini (malam semalam), beliau bagi alasan, banyak assignment (mlm semalam) dan kalo nak ganti datang hari Rabu, dia akan letih sebab dia ada koko (repeat koko la tu) maka dia tak dapat datang.

Aduhai warga PERUBAHAN......

Biasa la dah jadi student ni, kita ada banyak assignment. Kita letih. Dan bukan kita sorang je mcm tu. Seluruh warga PERUBAHAN pun mcm tu. Tapi org lain aktifkan diri dalam aktiviti PERUBAHAN boleh lak tingkatkan pointer, sambil perbaiki kemahiran insaniah peribadi (self soft skill). Ramai budak2 penerima Anugerah Dekan yang aktif dalam PERUBAHAN. Dan ramai yang bila aktif dalam PERUBAHAN, boleh lak jadi penerima Anugerah Dekan. Mereka ini tidak pernah merungut pun, tak pernah bagi alasan byk assignment dan akan letih tubuh badan pun. Mereka yang aktif ini, semakin bergeliga dan ceria jer.....

Saya rasa, bukan saya je meluat dgn bdk2 yg bagi alasan ortodoks mcm nih. Malah beratus2 lagi bdk2 PERUBAHAN dan alumni PERUBAHAN, serta pensyarah2 QS khususnya yang menyampah dgn taktik tak semenggah manusia malas lagi sengal nih.

Maka......

Bagi mengawal gejala tidak sihat ini drpd terus berleluasa di kalangan part 03......dan jugak part 02, part 4 part 06 dan part 07-11....dan bagi berlaku adil kepada semua pihak

saya akan mengenakan denda terhadap mereka yang ponteng induksi dgn part 01 ini, dengan menulis essei sebagaimana denda terhadap part 01 juga (rujuk blog post sebelum ini)

  • part 01 - 3000 patah perkataan (rujuk blog post sebelum ini)
  • part 2 - 3500 patah perkataan
  • part 03 - 4000 patah perkataan
  • part 04 - 4500 patah perkataan
  • part 05 - 5000 patah perkataan (yg belum p prktkal)
  • part 06 - 5500 patah perkataan
  • part (07- 11) - 6000 patah perkataan

Siapa yg akan kira perkataan ni?

Dah ada AJK yg rela nak kira.....

Monday, August 10, 2009

Part 01 - Selamat Berinduksi

Aduhai warga PERUBAHAN part 01 yang dikasihi

Selamat berinduksi la......bermula malam ini, kan.
Jangan tertekan. ini bukan MMS, orientasi atau regging.
Ini adalah program (legal) utk part 01 kenal insan2 yang dah lebih dulu berada di AP114 ini.

Kita ni ramai. Ada lebih 1000 org di dalam AP114. Kita kena bina 'networking' sesama warga PERUBAHAN. Supaya boleh bantu sesama sendiri bila tiba waktu kepayahan, terutamanya waktu nak beli tiket bas balik kampung, waktu nak buat assignment, waktu nak final exam dan sebagainya.

Harap semua warga part 01 dapat beri kerjasama terbaik utk program ini. Kita tak mau batch ni jadi mcm batch sem lepas. Jangan ponteng!!!

Sapa ponteng, saya akan kenakan denda - tulis essei (handwritten) 3000 patah perkataan di atas kertas fotostat 70g menggunakan pen dakwat biru sahaja. Essei ini harus dihantar pada pagi Isnin 17 Ogos 2009 kepada Cik Faizah, sebelum jam 8.30 pagi. Tajuk essei akan diuar2kan di blog ini, beserta dgn senarai nama yg ponteng itu, pada hari Ahad pagi setelah AJK (CC) memuktamadkan attendance. Sapa yang ponteng lebih drpd 2 hari, bilangan patah perkataan akan bertambah dgn kadar 500 patah perkataan sehari.

Sapa yang kena denda ni, tapi tak buat pun denda ni, atau lewat hantor denda ni, saya tambah lagi satu essei yang mempunyai tajuk yang lain, dgn jumlah perkataan 3000 patah perkataan sahaja. Yang tu pun dia tak anto, saya tambah lagi satu essei. dan begitulah seterusnya.

Usah risaukan tentang siapa lah yang akan bantu saya mengira bilangan patah perkataan di dalam essei itu. Telah pun ada satu jawatankuasa khas yg bersedia lagi teruja utk melaksanakan proses pengiraan perkataan bagi essei2 ini. Kalo didapati tidak cukup 3000, maka saya akan anggap ianya tidak dibuat pun. Maka, saya kemudiannya akan tambah lagi satu essei yg mempunyai tajuk yang lain, dgn jumlah perkataan 3000 patah perkataan juga.

Kepada warga PERUBAHAN part 02, 03, 04, 06 dan lain2, sila la beri kerjasama mantop terhadap program ini.

Kalau bukan kita, siapa lagi yg nak menyemarakkan aktiviti PERUBAHAN

Saturday, August 8, 2009

kemalangan jalanraya setahun yg lalu - 080808


Setahun yg lalu hari ini (08/08/2008)....

Saya bersama2 SU PRUBHN ketika itu (Aizat), PM Dinner (Wan Ali), Photographer QaiSzen (Ramzul) dan Reporter QaiSzen merangkap org kuat part 03 ketika itu (Farhan) telah terlibat dgn kemalangan jalan raya di simpang empat trafik Bota-Parit.

Alhamdulillah, tiada yang cedera. Terkejut je kot. Kamera Ramzul pun tetap ok. Kereta saya je cedera. Tapi telah dipulihkan, dan siap just a few days sebelum raya.

Segalanya adalah kerana kami masa tu ODW nak ke Swiss Garden, Lumut nak meninjau tempat utk Dinner bagi sem tu. Sebagaimana sem2 sebelum itu, kereta ini dan saya telah membawa org2 kuat PRUBHN utk meninjau2 tempat2 bagi dinner PRUBHN, seperti Lenggong, Trolak, Hotel2 kat Ipoh, Swiss Garden, dll.

Kepada Aizat, Wan ALi, Ramzul dan Farhan..... maafkan saya kerana menyebabkan u ol terlibat dalam kemalangan itu. Saya berharap dan berdoa u ol sihat sejahtera tanpa side effect dari kemalangan itu, hingga ke hari ini. Sori jangS...




QS Induction Week (10 - 14 Ogos 2009)


Aduhai seluruh warga PRUBHN Perak yang dikasihi


Kita akan memulakan program induksi bersama part 01 pada minggu depan (10-14 ogos ini). Minta kerjasama semua pihak utk menjayakan program ini dgn sejaya-jayanya.


Program ini adalah bertujuan utk memperkenalkan part 01 kepada seluruh warga PRUBHN Perak, supaya dapat memudahkan urusan pembelajaran dan kehidupan part 01 sebagai budak U di persekitaran AP114 ini.


Program dirancangkan akan berlangsung sebegini (tentative)


10/08/2009 - part 03 (I) dgn part 01 (group hari Isnin)

11/08/2009 - part 02 dgn part 01 (group hari Selasa)

12/08/2009 - part 03 (II) dgn part 01 (group hari Rabu)

13/08/2009 - part 06 dgn part 01 (group hari Khamis)

14/08/2009 - part 04 dgn part 01 (semua group)

MAJLIS PENUTUP akan dimaklumkan kemudian



Part 01 - wajiblah hadir selama program ini berjalan, melainkan yang ada kuliah malam - sila rujuk senarai nama mengikut group hari2 tertentu di notice board Tgkt 2 Annex 1 & Tgkt 3 FSPU


Part 02 - wajiblah hadir terutama yg telah ponteng induksi masa dia part 01


Part 03 & part 06 - wajiblah hadir pada hari yang ditentukan sahaja, tapi kalau nak menyibuk pada hari2 lain - urmoswelkam

Friday, August 7, 2009

betol ke part 01 last sem teruk masa induksi last sem? tgk sendiri attendance diorang





































Wednesday, August 5, 2009

QSFC - MENCARI PEMAIN FUTSAL POMPUAN (siswi)

Aduhai warga PERUBAHAN yg dikasihi lagi dirindui sekelian

Blog post ni khas ditujukan serta dibalingkan kat bdk2 pompuan QS tak kira part brape pun....janji AP114 UiTM Perak.

PRUBHN skrg nak cari 10 bdk pompuan QS yang terer main futsal utk jadi pelapis team futsal QSFC siswi (Rimau Jambu)

Team ni akan kita pertaruhkan utk berentap pada 14, 15 dan 16 Ogos ini bagi acara Fiesta de Futbal and Futsal peringkat UiTM Perak - bagi Futsal padang utk siswi.

QSFC (Rimau Jambu) telah menjuarai acara ini pada tahun lepas (2008) dan telah mendukung lalu menggendong Piala Kemenangan dan Piala Timbalan Pengarah Kampus HEA.

Maka PRUBHAN bertekad untuk mengekalkan kejuaraan ini dan mahu menggendong lagi Piala2 itu.

PRUBHN mahukan bdk2 pompuan QS yg

  1. hati, otak, dan refleksi otot tubuh badan yg nak MENANG game ni
  2. tahu main futsal - standard rule (ikut dan tak ikut rule....tu lain citer)
  3. pernah beraksi dalam game futsal - paling ciput zaman skola.....lawan futsal main2
  4. tidak ada sebarang penyakit dan bebas H1N1
  5. boleh komit untuk datang, main dan menang game 14, 15 dan 16 ogos nih

Kalo minat, sila turun padang B/C (padang bawah kat Bilik Persalinan), untuk pemilihan

  • pada hari Ahad 9 Ogos 2009, jam 5.30 petang
  • pakai tshirt merah PRUBHN.....sebagai bukti anda bdk2 pompuan QS
  • pakai la seluar dan kasut sukan
  • dan sila bagi komen kat bwh blog post nih

Akak Ain part 06 (HP 019-511 3439) dan rakan2 team asal QSFC (Rimau Jambu) akan menunggu di padang.

Abang2 seluruh warga PRUBHN yang minat nak tolong team QSFC (Rimau Jambu) buat pemilihan....jangan GATAI...!!!!

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP